Jan 8, 2015

Pengalaman Buat Health Check Percuma di Home Office Shaklee


Semalam saya bersama team YoursupermomHD berkunjung ke HQ Shaklee yang berada di Pinnacle Subang, bersebelahan saja dengan Sunway Pyramid. Kunjungan kami kesana adalah untuk projek vlog kami yang akan kami muatkan dilaman youtube, channel YoursupermomHD .

Banyak aktiviti yang kami lakukan disana, selain shooting bersama pakar nutrisi iaitu Puan Sarah.



Puan Sarah Pakar Nutrisi Shaklee

Saya dan team YoursupermomHD ada juga buat health check. Excited pulak rasanya bila nak buat. Sebab bukan apa, nanti semua orang tahu adakah kita ni sihat atau tidak. Ada yang nampak kurus je tapi dalamannya tak sihat. hihi

Keputusan Health Check
Boleh tengok pada gambar diatas keputusan health check saya. 

BMI : normal
Muscle Mass (Jisim otot dalam badan) : berada paras normal
Body Fat Mass (jisim lemak dalam badan) : agak tinggi lemak dalam badan

Tapi yang bestnya pakar nutrisi iaitu Puan Sarah beritahu Fitness Score saya pada paras GOOD! hihi

Banyak lagi yang dipelajari disana, bukan saja dapat health check percuma, malah dapat beramah mesra dengan pakar nutrisi yang tak lokek memberikan ilmu mengenai penjagaan kesihatan.

Beliau juga memberikan cadangan supplemen yang boleh diambil. Contoh seperti saya, beliau mencadangkan untuk mengambil ESP, dan lebihkan protien seperti ikan dan ayam.

So lepasni kena makan ESP bersungguh-sungguh ni. hihi

Sampai sini dahulu cerita health check kami. Tunggu vlog kami dan jangan lupa subscribe!



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Mashidayu
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya