Jan 8, 2015

Resepi Harian Untuk Mengimbangi Alkali Dan Mengelak Dari Radang Kulit

Resepi Elak Radang Kulit


Bahan-bahan nya:

  • 1 - 2 cawan air
  • Sepotong lemon
  • 1 tsp apple jus
  • 1 tsp aloe vera
  • 1 tsp madu
  • Tambahan : sehelai daun mint
* Campurkan air, perahkan jus lemon, masukkan jus epal, aloe vera dan madu. Last sekali masukkan sehelai daun mint. Dan kacau! 

Mudah saja

Apa yang membuatkan Resepi ini sungguh istimewa?

1. Lemon
Lemon

Lemon mempunyai kelebihan yang membolehkan astrigent dan mengalkalikan walaupun anda mengambil seusatu makanan yang berasid. Pengambilan lemon dan vitamin c lain membantu penyerapan zat besi yang bermaksud tenaga yang mampan. Lemon juga meransang hati, menggalakkan detox supaya kulit lebih cerah. Jika anda selalu mengalami pedih ulu hati, baik amalkan lemon ini kerana ia amat bermanfaat!

2. Epal
Epal
Epal adalah satu ubatan yang telah digunakan dari berpuluh-puluh tahun lagi. Dengan epal ia mampu memerangi refluks asid yang berada diperut jika asid terlalu banyak. Ia biasanya digunakan kerana kaya dengan enzim yang membantu mengimbangi bakteria dan usus. Ini membolehkan kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat. Sesetengah orang mengambil epal pada waktu pagi. Pesakit kencing manis juga boleh jadikan epal sebagai penawar untuk mnegurangkan gula dalam darah dan meningkatkan tindak balas insulin mereka.

3. Lidah Buaya, Aloe Vera
Aloe Vera
Kebanyakannya tahu lidah buaya mempunyai sifat-sifat penyembuhan yang digunakan keatas kulit. Biasanya untuk merawat kulit yang luka atau yang terbakar. Walaubagaimanapun lidah buaya boleh digunakan untuk penggunaan dalaman, ia sedap dan boleh masuk dengan pelbagai perasa lain. Lidah buaya juga sering digunakan untuk merawat usus, dan kencing manis.  Dan boleh juga dioleskan kekulit supaya kulit lebih sihat.

4. Madu
Madu
Madu merupakan makanan sunnah. Ia terbukti baik untuk kulit sejak beribu-ribu tahun dahulu. Dan yang paling baik ia adalah antibakteria, anti-kulat dan ada pepatah yang mengatakan "Jika Anda Mnegamalkan Madu, Anda Tidak Akan Reput" . Dan hampir ramai pengkaji menyatakan madu adalah makanan yang sempurna. Walaupun madu sangatlah manis, tetapi secara perubatannya ia baik untuk melawan jangkitan dan membantu merawat jerawat dan parut.

5. Daun Mint & Basil
Daun Mint
Mint dan basil adalah herba yang digunakan dalam masakan sebagai perasa tambahan. Sangat baik untuk diet. Mint terkenal dengan pencernaan dan mengurangkan loya. Manakali basil pula anti-radang.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Mashidayu
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya