Jan 3, 2015

5 Sebab Saya Jogging Di Stadium Shah Alam

Pagi tadi sempat saya berjongging 2 round di Stadium Shah Alam. Seronok tak ingat. Mungkin dulu saya antara top5 acara Merentas Desa disekolah. Hihi jadi tak kekok untuk jogging. Macam biasa semangat tahun baru 2015 berkobar-kobar nak fit kan lagi badan supaya tak lemau jika duduk di pejabat seharian.

Ada 5 sebab kenapa saya wajib jogging:

1) Sebab 1 : Saya ambil Performance Drink setiap hari. Pengambilan Performance Drink mampu boostkan energy dan semangat untuk aktif dalam bersenam dan bersukan. Sila lihat video link ini ;)



Performance Drink mampu Boostkan Tenaga Anda

2) Sebab 2 : Perkarangan Stadium yang Luas. Dengan keluasan perkarangan stadium tersebut membolehkan saya setkan 2 round dalam masa setengah jam. Kan bagus bersenam sekurang-kurangnya 30minit setiap hari.

Stadium Shah Alam sesuai untuk Jogging
3) Sebab 3 : Mendapat cahaya mentari yang sihat. Saya biasa turun jogging pada jam 7.30pagi. Pada ketika itu, keadaan di Stadium Shah Alam sangat tenang dan cahaya mentari yang naik pada ketika itu sangat best. So siapa nak kulit cantik harus rajin bersenam sambil ambil mentari pagi.

4) Sebab 4 : Udara Yang Nyaman. Bukan senang nak dapat udara yang nyaman di kawasan bandar seperti Shah Alam ni. Ditambah pokok yang menghijau disekeliling Stadium ini terasa nyaman dan selesa saja. Berjogging sambil menghirup udara pagi yang segar sangat memberikan impak positive dalam kehidupan seharian.

5) Sebab 5 : Track jogging yang fleksible. Bagaimana yang dikatakan fleksibel tu?  Tak semestinya anda harus habiskan bulatan stadium itu. Jika anda baru berjinak-jinak untuk berjogging, hanya perlu berjogging secara menegak sahaja. Mudah bukan.

Jadi, kepada anda semua marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan. Disamping mengamalkan pemakanan seimbang, diet tambahan yang lagi menyihatkan, anda juga haruslah bersenam.  Sekian dahulu, akan bersambung di blog yang seterusnya... senyum selalu!




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya