Dec 10, 2014

Parkinson Orang Muda - Part 1

36 penyakit yang saya sudah senaraikan sebelum ini, agak-agak mana yang paling membimbangkan anda? 


Pakinson dikalangan Orang Muda
Untuk sepanjang minggu ini, saya nak singkap serba sedikit mengenai penyakit Parkinson. Jika anda sedar parkinson bukan sahaja dialami oleh orang yang sudah berumur atau orang tua. Ia juga boleh dihidapi oleh orang muda. 

Bukan kita tak pernah nampak, ada juga diantara rakan-rakan sesiapa yang masih muda, tapi bila pegang cawan nak minum, nampak gegaran pada cawan tersebut. Cuba cek, mungkin tak ramai, tapi ada. So saya ada buat bacaan dan memang ada Parkinson's Disease dikalangan golongan muda. Jom kita tengok kenapa muda-muda lagi dah terkena Parkinson.

Pengenalan Parkinson's Dieses (PD)

Penyakit PD yang menyerang pada usia muda adalah menifestasi daripada penyakit progresif yang neurologinya menjejaskan sel-sel saraf(neuron) dalam bahagian otak yang dikenali sebagai nigra subtantia. Sel-sel ini biasanya menghasilkan dopamin, sejenis bahan kimia (neurotransmitter) dimana bahan kimia ini menghantar isyarat-isyarat supaya manusia dapat bekerja secara normal, menyelaraskan pergerakan otot supaya lebih seimbang dan teratur.

PD menyebabkan sel-sel saraf mati, dan menyebabkan pergerakan badan dan fungsi badan yang lain terkena symptom PD ini. Tetapi punca mengapa sel-sel saraf ini mati dikalangan orang muda masih tidak dapat dikenal pasti. "Parkinsonism" adalah satu term atau kata nama lain bagi PD. Secara perubatannya, Parkinsonism merujuk kepada keadaan seseorang yang menyebabkan symptom yang berlaku sama seperti symptom PD.

Diagnosis jelas telah disahkan oleh pakar neurology mengatakan bahawa penyakit parkinson dialami bila mana pesakit berkeadaan:

  1. Tidak boleh dikawal dengan penggunaan ubat
  2. Menunjukkan tanda penyakit akan berlarutan dan sukar untuk diubati

Apa dia Serangan Parkinson's Disease Usia Muda?

Serangan Parkinson's Disease diusia muda adalah dalam lingkungan umur 21-40 tahun. Tetapi simptom PD yang terjadi kepada muda ataupun tua adalah sama. Cuma penerimaan simptom PD ini agak mencabar kepada mereka yang muda dari segi perubatan, psikologi dan sosial.

Jika diketahui umum, orang muda agak susah untuk dijangkiti penyakit kritikal seperti ini. Tetapi jika terdapat simptom tersebut pada mereka yang berumur 21 - 40 tahun, progress penyakit ini agak lebih perlahan berbanding mereka yang sudah berumur. Untuk simptom awal, PD di usia muda mungkin akan mengalami kehilangan ingatan sedikit demi sedikit, kurang kepekaan, selalu keliru dan agak payah untuk membuat pertimbangan.

Apakah Simptom Awal Parkinson's Disease (PD) ?

Simptom awal Parkinson's Disease (PD) ini terbahagi kepada 2:
  • Motor Simptom - Lebih kepada fizikal
  • Non-Motor Symptom - Lebih kepada psikologi
1) Motor Simptom
  1. Tremor : Gegaran yang berlaku pada badan ketika keadaan rehat
  2. Bradykineisa : Kelambatan
  3. Rigidity : Kekakuan
  4. Postural Instabiliti : Masalah menstabilkan postur badan
Untuk golongan muda, tidak kesemua 4 perkara diatas akan dialami oleh PD diusia muda. Kemungkinan besar PD diusia muda hanya akan dapat dilihat 1 atau 2 dari simptom sahaja.   Terdapat motor simptom lain seperti:
  • Ayunan lengan nampak menurun ketika berjalan
  • Dystonia : Pengecutan otot yang luar biasa terjadi pada kaki, pergelangan tangan dan bahu
  • Keletihan : Kesukaran bagi orang muda untuk memenuhi permintaan dalam kerja harian seperti aktiviti dirumah, kerjaya dan lain-lain.
  • Muka bertopeng : Sekatan ekspresi wajah menyebabkan wajah anda nampak tertekan, marah dan tidak berminat
  • Slow dan bercakap dengan perlahan dan agak merangkak-rangkak : Mudah disedari oleh oleh rakan-rakan dan keluarga
  • Kemahiran hilang : Kesukaran dalam penggunaan perkakas, butang baju dan lain-lain
  • Micrographia : Tulisan tangan yang kecil dan agak sukar untuk menulis (cramp)
  • Duduk lama : Tidak secara sukarela untuk bergerak.
Lakukan Check-up Sendiri


Seseorang tidak akan disahkan Parkinson sekiranya masih mampu untuk melakukan tiga (3) aktiviti daripada senarai dibawah, so cuba anda check samaada anda masih mampu lakukan 6 perkara dibawah ataupun tidak boleh:
  1. Pengalihan : Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal dari orang lain
  2. Pergerakan : Berkeupayaan untuk bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bentuk bantuan fizikal 
  3. Buang air / Penggunaan tandas : Berkeupayaan untuk mengawal sistem pembuangan air besar atau kecil secara semulajadi
  4. Berpakaian : Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian tanpa bantuan orang lain
  5. Mandi / Membersihkan Diri : Berkeupayaan untuk mandi dan membersihkan diri sendiri (termasuklah berkemampuan untuk masuk dan keluar bilik mandi)
  6. Makan : Berkeupayaan untuk makan dan memasukkan makanan kedalam mulut

Jadi, anda dah cek keadaan badan anda samaada mampu melakukan 6 aktiviti diatas ataupun tidak. Kalau tak boleh tu, cepat-cepatlah jumpa pakar neurologi. Ini saja dahulu pengenalan dan simptom yang menganggu pergerakan fizikal anda iaitu Simptom Motor. Untuk simptom yang kedua iaitu Simptom Non-Motor saya akan update esok. Tunggu tau..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya