Dec 12, 2014

Parkinson Orang Muda - Part 2

Tremor - Simptom Motor Parkinson -

Sambungan kepada Parkinson Orang Muda - Part 1.  Sudah sedia maklum, Parkinson dikalangan orang muda mempunyai 2 simptom awal yang dapat dilihat dari segi fizikal (Motor Symptom) dan yang kedua adalah Non Motor Symptom (lebih kepada psikologi).

So, saya akan masuk simptom yang kedua:

2) Non-Motor Symptom

Simptom Non-Motor Parkinson ini bukanlah disebabkan masalah psikologi seseorang itu, ia adalah disebabkan simptom Parkinson itu sendiri. Simptom Non-Motor PD ini bukan sahaja menganggu cara pemikiran seseorang, malah perasaan dan kelakuan. Ramai PD dikalangan golongan muda terlalu menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang menyebabkan mereka lebih tertekan daripada mengekalkan qualiti hidup yang lebih sihat. Kerana itulah, psikologi juga menyumbang kepada sakit parkinson pada peringkat awal.

*Tidak kesemua akan mengalami Non-Motor Simptom ini.

Cuba lihat simptom awal Non-Motor ini dibawah:

Mood Berubah

Perubahan mood yang terjadi kepada mereka yang mengalamai simptom awal PD dapat dikesan oleh mereka yang terdekat. Tapi ini bukan bermakna tidak boleh diubati, ia masih boleh diubati, tetapi ambill sedikit masa Contoh simptom biasa terjadi keatas PD adalah:
  • kemurungan
  • kebimbangan
  • sikap tidak ambil peduli (tidak hirau)
Isu Kognitif (proses memahami, mendapatkan info, berfikir, mengingati pengalaman dan deria)

PD orang muda ini membawa perubahan pada diri mereka sendiri terutama ketika dalam membuat keputusan, memproses maklumat dan lain lagi. Mereka menyedarinya apabila mereka tidak dapat menguruskan banyak tugas pada waktu yang sama (tidak multitasking). Aktiviti mereka akan terjejas kerana antara sebab dibawah:
  • Sukar multitasking
  • Kelajuan kognitif menjadi perlahan
  • Memori terhad
  • Demensia (mental terganggu secara perlahan-lahan)
Perubahan Tingkah Laku

Gejala atau simptom yang tiba-tiba terjadi dimana pengidap awal parkinson melakukan obsesif-kompulsif seperti membeli-belah berlebihan, perjudian, hyper seksualiti atau mengambil alkohol berlebihan. Adalah penting mereka yang terdekat untuk meninjau perkara ini untuk langkah pencegahan awal.

Susah Tidur

Pakar menganggarkan 90% dari pengidap PD peringkat awal mengalami masalah untuk tidur.  Dimana jika dilihat, ubat-ubatan yang diambil untuk suspek PD peringkat awal juga boleh menyebabkan masalah untuk tidur (tidur yang terlalu lama atau terlalu sekejap). Akan tetapi tidur yang terlalu sekejap lebih membimbangkan kerana boleh memberi kesan kognitif seperti keletihan, kebimbangan kepada seseorang itu. Simptom ini dapat disedari oleh keluarga dan rakan terdekat.

Autonomi Sistem Saraf Tidak Berfungsi

Gangguan pada sistem saraf menyebabkan pelbagai simptom seperti:
  • Sembelit dan kerap kencing
  • Perubahan tekanan darah - akan pening apabila berdiri
  • Suhu badan yang tidak menentu - berasa sangat sejuk atau panas pada suhu bilik yang normal
  • Gangguan pada seksualiti
Neuro-Opthamological

Perubahan neurologi menyebabkan:
  • Penglihatan kabur
  • Kadar pengelipan mata menurun
  • Rengsa pada permukaan mata / sukar untuk buka mata dan tutup mata
Masalah PancaIndera

Masalah pancaindera akan dirasai seperti:
  • kebas kaki
  • kesemutan
  • terasa panas
  • sakit
So, itu saja Non-Motor Simptom awal Parkinson. Cuba cek, adakah anda ada simptom-simptom diatas. Kalau ada, pergilah jumpa doktor. Jangan biarkan berlarutan pula. Dan jangan lupa lihat pada Parkinson Orang Muda - Part 1

Ok, entry seterusya akan saya kongsikan Langkah Awal Pencegahan Sakit Parkinson!
Stay tuned... ;)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU- 
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya