Nov 2, 2014

Tutorial Cara Pakai Krim Mata (Eye Cream) yang Betul dan Berkesan

Tahu tak bahawa kesan penuaan paling ketara kaum wanita bermula pada bahagian mata? Sebenarnya, kulit wajah kita di sekitar mata adalah sangat nipis dan sensitif! 10 kali lebih nipis daripada kulit wajah! Silap cara mengendalikan area ni memang akan nampak kesan negatif pada wajah. Contoh paling simple, apabila kita lepas menangis, suka bangun tidur lewat tengah hari mahupun kerap tidur lewat malam, pemakaian cermin mata yang berterusan mahupun asyik mengadap laptop; memang ketara sangat kesan penuaan yang terhasil!

Kesan Penuaan Mata

  • Kedutan di sisi mata
  • Lingkaran gelap
  • Iritasi
  • Sembab



Eiii scary kan? Tapi, memang ada orang yang semulajadi dilahirkan dengan keadaan mata yang ada gegelang hitam sekitar wajah disebabkan genetik. Secara kekal, ia sukar untuk diubah, namun golongan ini boleh mencuba petua-petua dan berdisiplin dalam mengelakkan hal-hal yang di atas tadi. Juga, boleh mengaplikasikan cara mekap yang sesuai untuk cover area gegelang tadi seperti menggunakan concealer.



Entri kali ini saya nak share cara-cara menggunakan krim mata yang betul. Kita sedia maklum salah satu tips untuk menjaga kecantikan mata ialah dengan pemakaian krim mata yang sesuai dengan cara yang betul. Ramai yang tak tau cara pemakaian krim mata yang salah memburukkan lagi kesan penuaan tadi. Taknak lah macam tu, ye tak? Krim mata ni selalunya mahal-mahal juga, jadi biarlah berbaloi membelinya ;-)



Sebab saya tak sempat nak sediakan video saya sendiri lagi untuk tutorial ini, maka saya share beberapa video cara apply krim mata yang betul daripada beberapa vlog pakar kecantikan. So, tengok betul-betul dan lepas ni, pastikan anda pun guna cara yang betul okey?









Panduan penting cara pakai krim mata secara efektif


  • Gunakan hanya jari manis untuk meratakan krim mata kerana hanya jari ini mempunyai pressure paling lembut
  • Jangan tarik kulit sekitar mata 
  • Jangan gosok krim mata, tapi tepuk-tepuk lembut dengan jari manis untuk membantu penyerapan
  • Gunakan hanya sedikit krim mata (size of a pea)
  • Tak perlu apply terlalu dekat dengan mata kerana krim mata boleh menyerap dalam jarak 1 inci di sekitar kulit mata
  • Bagi yang menggunakan mekap, tunggu minima 90 saat sebelum menggunakan concealer
Krim mata pilihan saya?

Menghidrat kulit mata supaya kelihatan segar

Usia 30-an di gunakan siang dan malam, dua kali sehari
Bagi yang berminat nak tau lebih lanjut tentang produk ini dan lain-lain set kecantikan kulit Shaklee, jangan segan-segan hubungi saya k! ;)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya