Nov 27, 2014

DIY Cara Balut Hadiah Harijadi Bertingkat-Tingkat

Membalut hadiah mungkin ada yang kata susah ada yang kata senang. So hari ini, Cik Ayu selitkan satu video "Cara Membalut Hadiah". Apa yang istimewanya adalah, terdapat kreativiti poket pada hadiah tersebut. Jadi, anda boleh letakkan kad, reben atau sebagainya di poket tersebut.

DIY
DIY Balut Hadiah Kahwin


Jadi, Cik Ayu tidak mahu bercakap panjang, Jom tengok video dibawah:

Santai-santai sikit entri kalini.. cara balut sendiri hadiah :)



Hai, Assalamualaikum bersama Cik Ayu hari ini untuk segmen DIY dari Yoursupermom Office. Hari ini Cik Ayu akan kongsikan bagaimana cara membalut hadiah yang mudah, ringkas tapi memang cantik. Jom kita tengok bahan-bahannya dan cara bagaimana membalut hadiah ;)

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Hadiah dalam kotak
  • Salotape
  • Gunting
  • Dan, pembalut hadiah
Untuk langkah yang pertama, kita bentangkan pembalut hadiah dan kita ambil hadiah tersebut letak ditengah-tengah antara pembalut hadiah tersebut dan kita anggarkan lebar tepi dan atas untuk kita potong bahagian mana yang kita tidak perlukan. Kemudian kita lipatkan kertas pembalut hadiah tersebut, dan lipatkan dengan kemas supaya mudah untuk dipotong. Kemudian, buka pembalut hadiah tersebut dan akan ternampak garisan yang telah dilipat tadi. Ok, dan potongkan garisan lipatan tersebut. 

Ok, kemudian kita ambil bahagian yang diperlukan tadi dan lipatkan ditengah-tengah bahagian tersebut dengan lipatan sebanyak empat tingkat. Tapi kalau nak buat lebih pun boleh, nak buat kurang pun boleh. Ikut kreativiti anda sendiri. Langkah seterusnya, kita letakkan hadiah tersebut ditengah-tengah pembalut hadiah tadi dan selotape kan dihujung bahagian. Susun dan tarik kemas-kemas, supaya ia ketat dan lipatkan dibahagian lagi satu dan selotapekan juga pada bahagian tersebut. 

Ok, untuk bahagian yang hujung pula kita boleh lipatkan seperti biasa, lipatkan membentuk tiga segi dan kemaskan lipatan itu. Untuk lebih kemas, anda boleh potong bahagian yang tidak diperlukan (mungkin ada yang terlebih panjang). Ambil selotape dan jangan lupa untuk selotapekan bahagian hujung itu, nanti tercabut pula ;) Lipat pada bahagian sebelah bawah yang belum dilipat lagi. Lakukan lipatan seperti yang dilakukan dibahagian atas. Ok,,, dah siap dah pon balut hadiah ini. So, cuba kemaskan di tepi bahagian hadiah tersebut supaya nampak lebih cantik dan tajam side nya. So, nanti sesiapa tengok, Wah...kemasnya hadiah ini.

Haa! dah siap dah balut hadiah ni, memang cantik, mudah dan simple. Rugi tau kalau tidak cuba sendiri di rumah. Jadi lepas ini kita akan jumpa lagi di segmen DIY pada vlog yang akan datang.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya