Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.
  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet. 

credit

Promosi vitamin C Shaklee sepanjang Julai akan berakhir tak lama lagi. Segera hubungi pengedar anda untuk pesanan.


Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com



Anda boleh mencuba program diet sihat bersama Shaklee. Antara cadangan suplemen untuk program diet ini ialah Cinch, iaitu Cinch Shake dan Cinch Tea Mix.


Apakah Cinch?



Cinch dikuasakan dengan Leucine:


  1. Menjaga otot
  2. Membakar lemak
  3. Menurunkan berat badan dengan mengurankan lemak

Apakah leucine:


  1. Sejenis asid amino
  2. Memberikan rasa kenyang
  3. Memberi isyarat kepada tubuh untuk mengekalkan dan membina otot
  4. Menyokong kadar metabolik dengan menjaga otot

Kenapa Cinch Shaklee?


Cinch dihasilkan oleh doktor2, nutritionist dan saintis Shaklee. Program Cinch adalah berdasarkan lebih dari 100 jurnal yang diterbitkan dan laporan klinikal untuk setiap bahan-bahannya.


Data Klinikal dari Pilot Study yang dijalankan selama 12 minggu:



  • Kehilangan berat badan sebanyak 15.4 pound (dalam 7kg)
  • Saiz pinggang turun hingga 4.1 inci
  • Jisim otot kekal







Credit :  http://vitaminsemulajadi.com/program-diet-vs-cinch-shaklee/


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:


Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com

Cinch Shake Mix FAQ


Ramai yang bertanya tentang bagaimana Cinch Shake boleh membantu dalam penurunan berat badan.

Tak kurang juga yang nak tahu kelebihan Cinch Shake dengan produk penurunan berat badan yang lain.

Jom kita tengok FAQ ini:



Adakah pengidap kencing manis/diabetes boleh mengambil Cinch Shake?


Cinch Shake adalah ber-indeks glisemik yang rendah, dan sesuai untuk pengidap diabetes. Cuma, pengidap diabetes perlu karbohidrat kompleks dalam pelan diet mereka.



Adakah ibu mengandung & menyusu boleh mengambil Cinch Shake?


Ibu mengandung dan menyusu tidak digalakkan berdiet kerana kehamilan dan penyusuan memerlukan nutrien yang lebih terutama kalori.



Bolehkah kanak-kanak ambik Cinch Shake ni?


Cinch Shake tidak dibuat untuk kegunaan kanak- kanak bawah 12 tahun.



Cara terbaik minum Cinch Shake


Seperti yang boleh didapati pada canisternya, Cinch terbaik bila diambil bersama susu rendah lemak. Ini kerana gandingan Cinch Shake dan susu rendah lemak memberi profil nutrisi yang mencukupi dan penggunaan protein & leucine yang optimum.



Apakah perbezaan Cinch Shake dengan ESP?


Cinch Shake membekalkan lebih banyak asid amino (termasuk leucine) dalam setiap hidangan.



Adakah Cinch Shake mengandungi kafein?


Cinch Shake adalah caffein-free, kecuali perasa Latte kerana ia menggunakan perasa kopi asli. Kandungan kafein kurang dari 1 mg untuk setiap hidangan.



Beza Cinch dengan produk penurunan berat badan lain?


Cinch Shake mengandungi formula istimewa iaitu leucine yang menjaga otot. Sesetengah produk kurus merosakkan otot dan menyebabkan kehilangan berat badan akibat kekurangan jisim otot. Keadaan ini menyebabkan berat badan bertambah kembali bila dah tak ambil produk tersebut. Berbeza dengan Cinch Shake yang menjaga jisim otot. Otot yang sihat membantu dalam pembakaran kalori.







Credit : http://vitaminsemulajadi.com/cinch-shake-mix-faq/


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

 Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com

Adakah anda mengalami simptom2 berikut :

  1. Kulit wajah yang kusam?
  2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
  3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
  4. Rambut sering gugur?
  5. Lemah dan tidak bertenaga?


Risiko Kekurangan Protein (umumnya):

  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  3. Liver (penyakit hati)
  4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  12. Irritability (Badan menggeletar)
  13. Fatigue (Letih lesu)
  14. Weakness (Lemah)
  15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan


Lakukan checklist ini harini. Anda mungkin memerlukan ESP daripada Shaklee. Juga, saksikan Vlog kami tentang 5 kelebihan Protein Soya (ESP Shaklee) ini. Jangan lupa untuk Subscibe ye !




       



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya




Dalam entry semalam yang bertajuk Kepentingan Zat Besi (Iron) Kepada Wanita Mengandung, saya telah berkongsi testimoni dan fakta tentang kepentingan iron secara umum, dan vitamin daripada Shaklee yang disyorkan ialah VitaLea.

Hari ni, saya nak berkongsi pula tentang masalah kurang darah di kalangan ibu mengandung (dan juga ada beberapa orang customers saya mengadu yang anak mereka menghadapi masalah yang sama)

credit to Momma Mia

Apa itu kurang darah sebenarnya?


Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin


Punca kurang darah:


Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

•Kurang memakan makanan yang berzat dan yang mengandungi zat besi
 •Ibu yang kerap bersalin
 •Jangkitan cacing
 •Pendarahan dari faraj atau buasir
 •Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?


Tanda-tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

•Kelihatan pucat
 •Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah
 •Rasa mahu pitam bila bangun
 •Sentiasa rasa pening
 •Bengkak kaki dan muka
 •Kebas kaki dan tangan
 •Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?


Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah.

Kesan bila dipandang remeh:

• Anda mungkin mengalami keguguran
 •Melahirkan anak tidak cukup bulan
 •Anak mati dalam perut
 •Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
 •Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
 •Keluaran susu badan akan berkurangan
 •Mudah mendapat penyakit lemah jantung
 •Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
 •Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT

Cara Atasi:

• Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit
 •Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
 •Rehat dengan cukup
 •Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
 •Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan
Diharap info ini dapat memberi gambaran kepada anda keadaan kurang darah ini. Bagi ibu mengandung, pengambilan iron yang cukup haruslah dipastikan dalam diet anda. Jika anda sukar mendapatkan sumber iron ini daripada sumber semulajadi (sebanyak 18mg sehari), anda boleh mengambil suplemen.

Dalam Shaklee, suplemen yang disyorkan ialah Vitalea, yakni multivitamin lengkap iron, dan ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.


Sayangi diri. Kasihi bayi anda.




Seringkali saya mendapat sms | email | panggilan telefon daripada golongan ibu-ibu yang bertanyakan adakah saya menjual 'ubat untuk tambahkan susu?'. Sejujurnya ya .. apabila anda bertanyakan begitu kepada saya, anda telah tersilap orang. Saya tidak menjual ubat, apatah lagi menjual sesuatu yang boleh menambahkan susu badan anda.

Saya menyediakan dan menjual vitamin Shaklee kepada anda yang berniat mahu melestarikan kesihatan dan kecantikan diri anda, sekaligus memudahkan perjalananan penyusuan anda bersama bayi tersayang. Saya berkongsi apa yang saya lalui, saya pelajari dan saya amalkan .. inshaALLAH.

Ingin saya tegaskan bahawa vitamin Shaklee tidak menambah | membanyakkan susu badan anda, tetapi ia membantu kelancaran sistem tubuh badan anda sekaligus memudahkan proses penghasilan susu badan berlaku ..

dengan syarat, anda patuhi prinsip asas penyusuan susu ibu iaitu Supply vs Demand.

Supply vs Demand


Semakin kerap anda memberi stimulasi secara efektif dan konsisten kepada payudara, semakin banyak susu badan dihasilkan!

Penat? Stress? Malas?

Itulah sebabnya anda perlu mengambil vitamin untuk mengatasi kekangan-kekangan bernama penat, malas, dan stress ini. Vitamin dan mineral ini juga membekalkan | mencukupkan keperluan nutrien tubuh anda. Nutrien ini akan diproses oleh digestive system tubuh anda sehingga ia turut dikongsi bersama oleh bayi anda melalui susu badan. Extra. Saya tak kata susu lebih bernutrisi, tapi extra sebenarnya bagi yang dah mengalami. (Sejujurnya, anak saya Icha, tak pernah demam sepanjang tempoh setahun pertama hayatnya)

Salah Faham Tentang Masalah Susu Badan Kurang


[credit http://mysuperkids.net/susu-badan-kurang-salah-faham-tentangnya/]

A. Saya dah perah | pam tapi susunya takde | tak keluar


Sebenarnya, jumlah susu yang dapat dipam tidak menggambarkan susu sebenar yang dapat badan kita hasilkan. Berapa oz susu yang boleh dikeluarkan dengan pam itu bergantung kepada keberkesanan pam tersebut, keadaan pam yang baik atau tidak, tisu payudara si ibu dan keselesaan semasa mengepam.
Setiap ibu mempunyai keupayaan yang berbeza untuk mengeluarkan susu badan. Ada orang susunya memang senang keluar, tak buat apa-apa pun terpancut2. Ada orang susunya tak semudah itu. Kerana itu ada ibu yang boleh survive dengan pam susu berharga RM10 tapi ada ibu yang memerlukan pam susu berharga beribu-ibu ringgit.
Sekiranya ibu menggunakan tangan, ia juga bergantung kepada sejauh mana kepakaran/skill si ibu dalam hands expressing.
Sekiranya susu yang dipam tidak banyak, kemungkinan ia bukan disebabkan oleh susu badan yang tidak banyak, sebaliknya masalah pam susu, kurang skill mengepam dan hal2 yang tidak berkaitan dengan susu badan kurang.

B. Breast saya lembik macam takde susu pun ..


Semasa di dalam pantang anak pertama, biasanya ibu mengalami bengkak susu yang ketara, namun ia semakin kurang apabila anak meningkat usia, dan adakalanya tidak mengalami bengkak susu setelah melahirkan anak berikutnya.
Ini adalah kerana semasa kali pertama menyusu, payudara masih dalam peringat ‘belajar mengenal waktu bayi menyusu’ jadi ia akan menghasilkan susu yang banyak bagi menampung keperluan bayi yang tidak tentu masa. Namun apabila bayi sudah ada waktu menyusu tersendiri, payudara dah belajar tentang rutin tersebut, dan ia tidak lagi full bloom sepanjang masa.
Lebih2 lagi jika ibu bekerja, kerana kurangnya stimulasi pada waktu siang.

C. Susu tak bocor macam dalam pantang dulu ..


Sesetengah ibu sentiasa perlu memakai breastpad untuk menampung susu yang sentiasa keluar. Ada ibu yang susu tidak langsung meleleh. Ia tidak memberi makna susu ibu yang meleleh2 itu adalah mempunyai susu yang banyak sampai melimpah tak muat breast. Kebocoran ni disebabkan oleh tindakan otot pada puting susu. Setiap ibu mempunyai keupayaan otot yang berbeza, jadi tahap kebocoran juga tidak sama antara satu sama lain.

D. Tak mengalami bengkak susu


Bila ibu masih lagi menyusukan anaknya secara terus (direct feeding), kadangkala keupayaan menghisap si bayi dengan mudah mengosongkan payudara. Ini adalah petanda yang bagus kerana lebih banyak susu bakal dihasilkan.

E. Tak mengalami Let-Down-Reflex


Let down reflex ialah bila puting tiba2 mengeluarkan susu, dan membuatkan si ibu berasa seperti dicucuk2 di bahagian payudaranya.
Tidak semua orang mengalaminya. Ada ibu mengalami reflex ini setiap kali teringatkan bayinya. Ada orang, tidak. Tapi ia tidak menunjukkan ibu yang tidak mengalami ejection reflex ini mempunyai masalah kekurangan susu.
Sebenarnya, apabila faham dan mahir mengaplikasikan prinsip asas ini (macam faham Maths!), masalah-masalah salah faham di atas tidak akan wujud. Samalah juga jika anda faham konsep 'suplemen' dan elemen-elemen yang berkaitan seperti 'healing crisis', 'penyerapan' dll.
Nasihat saya mudah, jangan kalut, menggelabah, panik .. bertenang apabila anda dapati susu tiba-tiba drop atau takde langsung. Buat checklist dan muhasabah diri. Anda pasti bertemu jawapannya!

Asas yang perlu kita tahu tentang Vitamin C ialah ianya tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Bermakna ia perlu diambil harian kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam tempoh masa 1 - 3 hari. Sumber vitamin C adalah daripada buah-buah sitrus, beri dan sayur-sayuran.






Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh

  • ANTIOKSIDAN – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
  • MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH – terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu, meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.
  • MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.
  • PEMBENTUKAN & PEMELIHARAAN KOLAGEN – kolagen tubuh memerlukan vitamin C
  • IMUNITI – meningkatkan imuniti
  • SERAP ZAT BESI
  • SINGKIR TOKSIN – Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat dan membuangnya dari tubuh

Kesan Kekurangan Vitamin C

  • Luka lambat sembuh
  • Gusi mudah luka dan berdarah
  • Kelesuan melampau
  • Sakit sendi
  • Mudah diserang selesema
  • Stress
  • Kulit kering


Interaksi Positif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain

  • Amat bagus diambil bersama Vitamin E. Meningkatkan potensi Vitamin C
  • Ambil bersama iron tapi jangan dalam megadose. Ikut arahan label.


Interaksi Negatif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain

  • JANGAN ambil vitmin C dengan ubat diabetes kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat itu.
  • JANGAN ambil vitamin C dengan Aspirin kerana boleh mengganggu perut.


Ikut Arahan DOS PADA LABEL, kerana…

  • Menyebabkan oksidasi (adverse effect, ia tidak lagi menjadi antioksian) jika diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.
  • Menyebabkan bayi dalam kandungan menghadapi simptom kurang vitamin C apabilalahir jika ibunya mengambil lebih daripada 5000mg (LIMA RIBU, BUKAN LIMA RATUS) Vitamin C semasa hamil.



Vitamin C terbaik adalah yang diperbuat dari bahan semulajadi dan terpilih, kerana vitamin C memerlukan bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan Vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita.



Vitamin C Shaklee Sustained Released 500 mg
Vitamin C Shaklee untuk kesihatan asas


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

Apakah Kolagen?


Kolagen merupakan protein yang paling banyak terdapat di dalam badan manusia. Malah, ia menyumbang kepada kira-kira 75% berat dalam tahap kulit yang sihat! Tahap kolagen yang sihat menyerlahkan rupa yang sihat dan menampilkan susuk tubuh yang muda.

Sebab dan Kesan Kehilangan Kolagen


Semakin usia meningkat, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda-tanda penuaan lain, seperti :


  • Kulit berkedut, kering dan melayut
  • Kuku rapuh dan tidak kukuh
  • Rambut halus dan gugur


Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan! Pengambilan tetap makanan tambahan kolagen dapat menggantikan kolagen yang hilang dan memelihara kulit. Faedah-faedah makanan tambahan kolagen termasuk dapat menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut.

Halangi tanda awal penuaan dengan memperlahankannya melalui pengambilan suplemen kolagen. Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

 Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

 Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com

Wanita mana yang tak suka kelihatan cantik, sihat dan berseri-seri? Tubuh yang langsing, kulit yang halus mulus gebu, mata dan rambut yang bersinar-sinar, bibir yang kemerahan dan sebagainya .. dah sebolehnya, mahu kelihatan cantik tatkala bangun dari tidur. Betul kan?

Wanita berada pada tahap kecantikan maksimum di usia 30-an. Ini yang pernah saya baca. Namun, kecantikan perlu dipelihara supaya ia lambat hilang. Cantik untuk siapa? Dah tentulah kita sendiri orang pertama mahu melihat diri sendiri cantik.

Tips Cantik Wanita 30 - an

 
  • Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
  • Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
  • Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
  • Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  • Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
  • Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
  • Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
  • Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.

Sumber maklumat: Utusan Malaysia



Mari ketahui rahsia kulit cantik bersama Shaklee.

Salah satunya ialah ini (lihat gambar)

Shaklee Collagen Powder
sachet Collagen Powder daripada Shaklee



Collagen Powder


Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.


* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

Sumber : Website Shaklee Malaysia

Harga :


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

 Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan: 

 Hadhatina Mkb 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ] 
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886 
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net 
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com
Alhamdulillah.

Berita gembira untuk semua yang mahu berpuasa dengan sihat dan bertenaga.

Performance Drink minuman tenaga di bulan Ramadhan
Minuman tenaga pilihan di bulan Ramadhan

Bolehlah mencuba Shaklee Performance ini.

Info tentang Shaklee Performance Drinks


  1. Ia
     membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan
  2. Ia mengandungi 
    formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yg memberikan kita 
    tenaga berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dlm darah.

  3. Ia sesuai utk seisi keluarga.
  4. Ia adalah minuman ahli sukan yg mengandungi imbangan elektrolit yg sempurna utk membantu mencegah dehydration seperti fungsi minuman elektrolit

Cadangan pengambilan :


Boleh dibancuh bersama ESP dan Meal Shakes sebagai hidangan segera yang padat nutrisi, lazat dan membantu mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. Kombinasi ketiga-tiga suplemen ini juga kita panggil sebagai Mighty Three Gem. 

Harga :


  • Performance Drink 539 gm  WM 82.00 | EM 87.00
  • ESP 850 gm WM 150.00 | EM 155.00
  • Meal Shakes WM 113 | EM 121



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan: 

Hadhatina Mkb 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ] 
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886 
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net 
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com