* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Majoriti pengunjung blog ini terdiri daripada golongan wanita ~ anak dara, mak dara, sedang hamil, lepas bersalin, masih dalam pantang dan semestinya breastfeeding hardcore macam saya.

Jadi, antara persoalan yang terlintas di minda anda apabila membaca testimoni-testimoni yang saya kongsikan di blog ini ialah "benarkah makan suplemen ini boleh membanyakkan susu badan saya?" .. terutamanya ESP dan Alfalfa seperti yang diberitahu rakan-rakan kalian (lalu terus mencari-cari info dan terjumpa blog ini)

.. so menjawab soalan salah seorang teman baru saya tadi pasal ESP dan kaitannya dengan pertambahan susu .. 

ESP adalah singkatan kepada Energizing Soy Protein dan merupakan suplemen kegemaran customers saya, merupakan best sellers memandangkan manfaatnya yang pelbagai. Ia merupakan makanan tambahan protein. 

Protein adalah makanan kepada sel tubuh kita. Ini kerana protein itu sendiri adalah binaan asas sel dan tisu dalam tubuh kita. Oleh itu, protein membantu sel2 tubuh kita untuk terus terbina dan dipulihkan supaya sentiasa sihat. Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat2 makanan ke dalam tubuh. ESP membantu tubuh kita menghasilkan sel2 yang sihat.

Apabila sel2 tubuh sihat dan apabila segala zat2 dan nutrien2 menyerap dengan baik ke dalam tubuh si ibu, maka secara automatik taraf kesihatan si ibu bertambah baik. Gaya hidup masa kini membuatkan kita mudah sakit, letih dan stress.. ditambah dengan kekangan untuk mendapatkan nutrien secara lengkap daripada sumber makanan asal. Jika sel tidak sihat, proses pemulihan mengambil masa kerana zat2 dan nutrien2 lambat dalam menyerap dan membantu tubuh pulih.. malah zat2 sedia ada digunakan utk proses pemulihan itu pula. Akibatnya tubuh si ibu menjadi bertambah sakit, letih dan stress. 

Sakit, letih dan stress yang berterusan sememangnya mengganggu penghasilan susu ibu. 

Justeru, pengambilan vitamin sedikit-sebanyak membantu proses pemulihan ini tadi.. dan pengambilan ESP sebagai suplemen asas membantu memberi kesan yang optimum, inshaALLAH. 

Sebarang pertanyaan boleh ajukan secara peribadi kepada saya.




Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

 Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Menjawab pertanyaan beberapa orang potential customers mengenai status halal produk Shaklee Malaysia, di sini saya letakkan Sijil Halal Shaklee 2012 - yang dikeluarkan pada 6 Februari 2012.

Semoga membantu kalian inshaALLAH.


Kalian boleh refer di sini

Sijil halal ini dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA). Islamic Services of America (ISA) adalah satu badan Islam di Amerika Syarikat yang diiktiraf oleh JAKIM.

Kalian oleh refer di laman web JAKIM untuk meyakinkan diri anda lagi. Lihat pada mukasurat 33. Senarai ini adalah yang telah dikemaskini pada 31 July 2011.



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Oleh kerana ramai customers kesayangan Hadha yang bertanyakan soalan tentang teknik pemerahan dan penyimpanan EBM ni.. maka Hadha share di sini secara am terlebih dahulu ya! Semoga membantu.

Credit to MAMADANISH

Memerah susu ibu ada 2 teknik secara umumnya iaitu
- marmet (dengan tangan)
- menggunakan pam - manual / elektrik / bateri


Memerah dengan tangan

  • Memerah dengan tangan pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  • Sediakan bekas yang bersih dan steril
  • Lakukan pemerahan di tempat yang bersih,tenang dan selesa
  • Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri
  • Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan
  • Melihat gambar bayi boleh menghasilkan refleks
  • Tuam panas payudara boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  • Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  • Tekan payudara ke belakang ke arah dada
  • Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  • Teruskan memicit sehingga susu keluar
  • Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  • Tukar ke payudara yang satu lagi
  • Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  • Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  • Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara



Memerah dengan pam
  • baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
  • basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  • basuh tangan dengan bersih
  • duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  • rangsang/gentel puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
  • mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah(jika menggunakan pam elektrik/bateri)
  • boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
  • pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
  • masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

CARA MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU

1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan di setiap bekas simpan susu
3. Simpan susu ibu:
Pada suhu bilik, susu tahan 4-6 jam
Di dalam peti sejuk beku tahan 2 minggu - 3 bulan (bergantung kepada jenis peti ais - 1 @ 2 pintu)
Di bahagian rak pertama bawah 'freezer' tahan selama 72 jam
Suhu dingin tahan 8 jam
4. Susu ibu tidak boleh di masak. Panaskan dengan merendam bekas susu ke dalam air suam
5. Baki susu perahan yang telah di panaskan tidak boleh di simpan semula.

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

 Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Salam sayang All!

Dah laaama saya tak update blog ni.. bukan mudah nak kembali menulis setelah lama berehat. Saya pun masih lagi struggle untuk sesuaikan diri dengan new member dan melayan karenah Icha yang baru bergelar kakak. 

InshaALLAH.. semoga tips daripada Irfan Khairi ni bermanfaat buat saya dan rakan-rakan!

Artikel pilihan:

Cara MENJIMATKAN MASA kita!

Oleh: Irfan Khairi

Hadhatina Abdul Halim, masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.

Bagaimanapula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? 
Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!

Berikut adalah ringkasan 3 tip yang saya sampaikan:
  1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini... esok... minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
  2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
  3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi "mengelakkan kesengsaraan" adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.
Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas... kita tidak akan jumpa kembali!