Aug 15, 2012

Senarai “Jangan Lakukan” (STOP DOING LIST)


todo.jpg


Seringkali dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. kata mat salleh, "To Do List!". Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat- dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan pangkahkannya dari senarai kita.
Satu konsep yang baru dan juga memberi kesan yang amat mendalam adalah lawan kepada "To Do List!". Pernah kah anda mencuba "Stop Doing List!"?

Stop Doing List adalah senarai apa yang anda perlu berhenti melakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit (harapnya tidak!), atau apa sahaja rutin yang membuang masa, bina satu senarai baru iaitu "Stop Doing List!"
Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.

Cuba lah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad! :)