Aug 4, 2012

Motivasi IK : Teknik Visualization dan Fikiran Negatif

TIPS MENARIK IRFAN KHAIRI :

Potong gambar2 dari majalah seperti gambar kereta idaman, rumah idaman atau holiday idaman dll dan letakkan di tempat yang anda mudah lihat. Visualization ini akan memotivasikan kita untuk bekerja keras mencapai matlamat. Ramai antara kita tidak mempunyai matlamat besar kerana takut tak tercapai! Teknik I...ni saya sendiri gunakan sejak 10 tahun lalu... tak rugi cuba kan?


Kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti…
 lots of love,
■Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya

■Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita

■Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apablia membuat keputusan.
Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku. Sebagai contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda (berfikiran negatif). Namun, sebagai usahawan yang berjaya, fikiran ini dapat membantu dalam memberi cara pemiiran yang lebih kritikal dalam mencari niche permintaan anda sendiri (berfikiran positif yang akan dapat memberi keuntungan).