Jan 17, 2012

Power Pumping Kaedah Bantu Susu Banyak Bagi Ibu Bekerja


Alhamdulillah .. keperluan bersalin dan berpantang saya dah hampir siap. Tinggal nak pilih-pilih untuk dimasukkan ke dalam beg hospital je. Esok saya ada routine checkup di UMRA. Hopefully baby and me is doing great. Ameen!

Saya bukan nak bercerita tentang persediaan bersalin/ berpantang tapi sekadar mahu mengingatkan customers yang banyak menghantar sms dan email kepada saya, mengadu kesedihan dan kegusaran mereka lantaran production susu yang semakin kurang!

Benar! Menjadi ibu yang fully breastfeed apatah lagi kalian juga ibu yang berkerjaya merupakan satu cabaran besar. Komitmen, pengorbanan dan kesabaran serta perlu punyai ilmu yang cukup (bukan cukup-cukup makan okeh!) adalah c.r.u.c.i.a.l. Ramai yang memberitahu saya betapa menyesalnya mereka 'bodoh ilmu penyusuan' kerana 'susu mereka sebenarnya banyak'

Benar. Susu ibu takkan pernah kering selagi ada stimulasi. Kecuali dalam kes-kes tertentu (yang ni kita cerita lain kali)

Sebenarnya, cuma ada satu keyword sahaja yang wajib anda fahami dan dalami, iaitu konsisten. 

Konsisten.

Kita sedia maklum bahawa konsep asas penyusuan susu ibu ialah supply versus demand. Namun, elemen konsisten itu penting sebab supply yang berterusan akan hadir dengan demand yang berterusan ~ yakni berterusan = konsisten.

Pastikan, anda konsisten pam/perah susu setiap 2 - 3 jam sekali. Jangan lebih daripada tempoh itu ya? Terbaik memang setiap 2 jam sama macam kita dalam berpantang bersalin, tapi agak mustahillah kan? Hidup ni ada juga komitmen dan kekangan lain. So, usahakan ada jadual perahan susu yang konsisten. 

Mungkin anda boleh refer jadual salah seorang best friend saya ni, Puan Aida, dalam entry ini pasal jadual perahan susu ni. Saya masukkan jadual perahan susu Puan Aida di sini ya!



Kekerapan memerah susu

Saya mempunyai jadual yang tetap untuk memerah. Di pejabat saya akan memerah sebanyak 4 kali iaitu pada pukul 7.00 am, 9.30 – 10.00 am, 12.30 – 1.00 pm, dan 3.00 pm. Pada waktu antara 12.00 am – 5.00 am saya membuat tandem nursing (sebelah menyusukan dan sebelah lagi dipam). Secara purata, saya memerah atau mengepam sebanyak 8 kali sehari. Jika terasa susu agak kurang, saya akan melakukan power pumping 1 jam sehari selama 3 hari berturut-turut. Kadang-kadang untuk menambah kuantiti susu yang dipam, saya akan mengepam 10 minit, tunggu 5 hingga 10 minit, kemudian pam lagi selama 10 minit untuk setiap kali sesi perahan. Hasilnya lebih banyak berbanding jika memerah selama 20 atau 30 minit secara berterusan. Mungkin banyak penggunaan dari segi masa tetapi hasilnya lebih lumayan dan production susu akan lebih banyak kerana badan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Faham? Tipsnya mudah aje!


  1. Pam setiap 2 - 3 jam sekali. Jangan lebih sampai 4 jam dan jangan tunggu breast bengkak baru nak pam.
  2. Minimum pam 6 kali sehari (read : minimum) tidak termasuk sessi direct-feeding
  3. Amalkan tandem nursing. Lagi-lagi jika baby memang jenis bangun menyusu di tengah malam
  4. Jangan tinggalkan sessi perahan antara jam 12 am - 6 am
  5. Seminggu 3 - 4 kali amalkan Power Pumping

Oh ya! Apa itu Power Pumping?



Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. For more information on basic pumping techniques, see the pumping section below. Here is a brief explanation of power pumping.

Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged.

Some mothers prefer to concentrate their efforts and have a power pumping weekend, called “Power Pumping Boot Camp” bysome lactation consultants. They power pump at each pumping for a couple of days before returning to routine pumping.


Cara yang mudah yang saya selalu amalkan dahulu.

Jika guna pam double (let's say Medela FS) 


  • | Pam 10 minit - Rehat 10 minit - Pam 10 minit - Rehat 10 minit .. sampai cukup 60 minit
  • | Pam 15 @ 20 minit - Rehat 10 minit - Pam 15 @ 20 minit - Rehat 10 minit .. sampai cukup 60 minit


Jika guna pam single (macam saya just guna Avent Manual)


  • | Pam 5 minit - Rehat 5 minit - Pam 5 minit - Rehat 5 minit .. sampai cukup 60 minit (bertukar-tukar pam breast kanan dan kiri)

.. haruslah penat dengan pam single ye? :-)

If nak baca lebih tentang Power Pumping, boleh refer entry lama saya di sini (KLIK SINI)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.