Feb 17, 2011

9 Cara Bermain Badminton Bantu Anda Jadi Bermotivasi


Kurang bermotivasi? Jom baca apa kata IK harini.


Irfan Khairi
Sekiranya anda rasa kurang bermotivasi, rasa lemah badan, rasa cepat mengantuk, hilang semangat kadang kalanya, ia bukan masalah kurang semangat motivasi diri. Tetapi kita kurang bersenam! Keep fit! Badan yang segar dan sihat akan meningkatkan motivasi kita so, rajin2 la pergi gym (atau bersenam & keluarkan peluh dari rumah). Siapa kurang bersenam di sini? Klik 'Like' jika setuju ;) –ik

Hubby belikan saya raket badminton. Katanya, instead of kami jalan-jalan, lari-lari anak (sebab sekarang kena tolak stroller), better kami berdua main badminton so badan akan berpeluh. Kata hubby lagi, saya dan Icha 24 jam duduk dalam aircond, tak bagus untuk kesihatan.

So, bermula sabtu lepas, kami main badminton bersama-sama. Kesian gak hubby, kena slowkan dan kurangkan sedikit momentum permainan dia sebab geng dengan saya yang tak biasa main ni. Hehe. Tapi, hubby memang coach yang bagus, he kept asking me, “ sayang berpeluh tak?” Hehe.

Best sangat main badminton. No wonder hubby macam merajuk apabila sesekali saya ajak dating di malam Sabtu (sebab malam Sabtu hubby gi main badminton kat Shah Alam). Saya rasa sangat muda, segar, bermotivasi, gembira, ceria, rasa sihat, rasa lapang fikiran, asyik bercakap dan tidur pun lena lepas tu!

BAGUS SANGAT APABILA DAPAT KELUARKAN PELUH NI! Sejak ada anak, dah lama tak exercise sampai keluar peluh yang buatkan "spenda dan bra lencun”. Opps! Give it a try mommies semua .. lagipun, bersenam dapat mengeratkan hubungan suami isteri juga, seakan chemistry antara kami semakin .. ohh! Smile

Lepas main badminton, kami sarapan di cafe yang ada kat situ. Hehe. Seronok tau bertiga begini dengan hubby dan Icha. Senang saya nak ngumpat sapa .. ehh bukan mengumpat, meluahkan perasaan. Kalau ada orang lain, payahlah .. time macam ni sangat sesuai sbb both of us berada dalam mood yang sangat stabil.

Faedah Bermain Badminton



  1. Basically, sukan yang berbentuk aerobic (aerobic sports) seperti badminton memberi banyak faedah kepada kesihatan kita dan juga salah satu cara untuk awet muda (bagaimana?)
  2. Bagi mereka di usia pertengahan, dengan melakukan aktiviti pemanasan (warming up) yang mencukupi, kemudian anda bermain badminton sehingga mengalami peningkatan pada denyutan jantung (heart rate), risiko kematian dapat dikurangkan sehingga  23% utk the next 20 years dan membuatkan anda panjang umur dengan penambahan sebanyak 2 tahun (minimum)!
  3. Meningkatkan kadar HDL kolestrol baik dan mengurangkan kadar kolestrol jahat dalam tubuh. Bagus untuk jantung kan?
  4. Membantu mengawal tekanan darah tinggi kerana dengan bermain badminton boleh membantu menurunkan kadar basal heart rate dan mengurangkan blood pressure.
  5. Menguatkan otot jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjaga pembuluh darah daripada tersumbat. (semua ada dalam no 2, 3 dan 4) – sekaligus mengurangkan risiko serangan jantung Smile
  6. Membantu mereka yang overweight untuk menurunkan berat badan secara sihat. Ini disebabkan oleh pembakaran lemak yang berlaku semasa bermain badminton. Untuk kesan optimum, perlu digandingkan dengan program diet yang sesuai.
  7. Membantu anda menjadi lebih bertenaga kerana lemak yang terbakar tadi ditukarkan kepada sumber tenaga anda.
  8. Mengurangkan risiko osteoporosis. Dengan bermain badminton, anda menggalakkan pembentukan sel-sel tulang dan membantu asimilasi kalsium dalam matrix tulang, membuatkan tulang anda lebih kuat!
  9. Last but not least – membuatkan anda rasa kuat, sihat, bermotivasi, bersemangat dan muda! (macam efek yang saya alami tu kan?)


SO, JOM KITA BERSENAM!




TIPS : Untuk maintain energetic dalam sebarang aktiviti fizikal, anda digalakkan untuk minum segelas PERFORMANCE DRINK sebelum dan selepas aktiviti tersebut.