Dec 3, 2010

Kenapa Isteri Kena Rajin Seterika Baju Suami dan Panduan Mudah Cara Seterika Kemeja Kerja Suami

Among house chores yang paling saya suka ialah iron baju hubby.

Sebabnya saya suka sangat tengok hubby berpakaian kemas dan segak sebab saya yang iron. Even, masa tengah iron tu, saya berimaginasi rupa hubby masa pakai baju tu. Lagipun, sejak kahwin ni, hubby sendiri iron baju tak macam time dia bujang dulu.

Dulu, iron seluar sendiri mesti ada side tajam lurus kat seluar tu. Takleh ada kedut. Kalau boleh, t-shirt pun nak iron. Tapi lepas kahwin, dia sendiri tak suka pakai slack kain lembut berayun tu. Haha. Kalau boleh, pakai jeans aje gi office. (masa kat Ericcson dulu no hal pakai jeans. Ericsson company MNC. Omputih style. Kat TM ni hari Jumaat je hubby boleh pakai jeans)

Jadinya, saya lagi teliti dalam hal iron-mengiron ni. Cerewet. Plus, hubby masa awal-awal kahwin pun dah ajar cara nak iron seluar dia. Best tau! Saya sangat suka iron seluar hubby. Cuma kain yang super-lembut tu saya menyampah la sikit. Asyik terjatuh dari iron board tu je. Oh ye! Baca sampai habis entry ni, saya nak share langkah demi langkah iron kemeja hubby.

Memang nampak remeh tugas ni. Tapi pahalanya besar dan impaknya juga sangat besar dalam rumahtangga. Kenapa saya cakap macam ni? Sebabnya mak saya cerita, ada orang bercerai sebab isteri tak reti or tak iron baju suami. Damn serius! Then, siap claimed wifey baru tu rajin iron baju. Mesti menyesal kan? Bukan susah sangat iron baju suami tu ...

See? Betapa besar impaknya dalam rumahtangga kan? Saya sendiri lah, walaupun saya ni bukan jenis jaga tepi kain orang, tapi bila tengok kawan-kawan lelaki datang office smart je, mulut saya automatic akan tanya | cakap :

" Wah! You nampak smart lah hari ni! Selalu pakai t-shirt aje." atau,

" Encik X ni mesti isteri jenis organized kan? Smart memanjang je."

If koranglah jadi isteri diorang ni, korang harap saya komen yang mana satu? Mestilah yang nombor dua tu kan? Yang first tu silap-silap member saya tu jawab dia sendiri yang iron baju tu.

Saya pun tak perfect. Ada masa memang hubby TERpaksa iron baju dia sendiri. Tapi dia iron sendiri memang sememeh sekarang ni. Hehe. Saya masih kurang organized.I admit that. Tapi itu sekali-sekala je. Most of the time, keperluan hubby memang saya uruskan. Dan saya beruntung sebab parents hubby pulak jenis biarkan saya uruskan hal anak dia. Bukan macam sesetengah mertua, tengok menantu kurang organized ni, nanti mulalah dia yang sibuk-sibuk nak jahitkan baju anak dia, suruh adik-adik lelaki tu ironkan baju abang diorang dsb!

Saya memang suka iron baju hubby. Lagipun, masa bujang-bujang dulu, saya antara tukang iron baju kegemaran abah saya. Kehkehkeh! Kalau abah nak pergi solat Jumaat atau nak gi kerja, saya sendiri tanya baju mana nak iron. Oppss! Ni situasi lain ye.. kami ramai adik-beradik perempuan, so memang mak suruh kami buat kerja-kerja remeh ni. Mak banyak tanggungjawab lain. By the way, latihan tersebut banyak membantu saya selepas jadi isteri.

Enuff is enuff. 

So, jangan malas-malas iron baju suami ye.. kalau yang tanya suami korang tu saya takpelah, sebab saya tak minat nak ngorat laki orang. 'Barang orang' ni indah di luar buruk di dalam. Saya tanya suka-suka je then balik rumah saya cerita kat hubby saya. Hehe!

Tips iron kemeja hubby dengan express:-
  1. Iron kolar kemeja luar dan dalam
  2. Iron lengan dan area cuffling
  3. Iron bahagian depan baju bahagian lubang butang
  4. Iron bahagian depan baju bahagian ada butang
  5. Iron belakang baju (kat sini memang senang kedut, so iron last sekali)
Ni saya dapat daripada majalah Men's Health. Nanti le kalau rajin saya scan dan share dengan korang.

jalan-jalan venice dengan suami
Honeymoon dengan anak-anak di Venice :)


Daaa~ apa-apa hal suami nombor satu :)

lots of love,