Dec 4, 2010

Entry wajib faham - Bahagianya apabila suami sokong penyusuan ekslusif!

Saja menyinggah ke blog Azrin, seronok pulak baca satu entry yang Rin republished daripada blog Kak Hasmah.

Buat kawan-kawan yang bakal menimang cahaya mata, bacalah entry ni sampai habis, fahamkan betul-betul dan share dengan suami, ibu dan ayah masing-masing .. early exposure kepada mereka akan kepentingan dan faedah penyusuan susu ibu kepada bayi.

Just like me ~ NO PAIN, NO GAIN! :)
Peranan dan penglibatan suami sangat penting dalam menyokong dan meneruskan penyusuan bayi secara eksklusif. Tanpa sokongan anda, isteri anda mungkin tidak dapat meneruskan misi untuk menyusukan bayi secara eksklusif.

Bagaimana Susu Ibu Menguntungkan dan Menyenangkan Anda

Kurang Kos Membesarkan Anak

•Susu ibu adalah percuma.
 Cuba anda bandingkan kos susu formula yang paling murah selama dua tahun dengan susu ibu selama dua tahun (yang ni hubby tak nafikan, coz dia sendiri ada tanya-tanya officemates dia kos FM anak-anak diorang, which is ours is much more menjimatkan)
•Kos perubatan yang lebih rendah.
Bayi susu ibu kurang mendapat jangkitan beberapa jenis penyakit termasuk penyakit yang biasa menyerang bayi dan kanak-kanak seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. (very true! buat pertama kali Icha demam pun this week, tu pun sehari tu je dan dia tak meragam langsung .. haha. Anyway, that demam is actually good for her untuk membina antibodi badan dia. No worries at all!)
•Kurang lampin diperlukan.
Jadi belanja bulanan/tahunan anda untuk lampin pakai buang adalah kurang berbanding jika anak anda menyusu susu formula. ( kalau yang pakai CD lagilah jimat kan? yang saya faham yang ni, takdelah belanja kita guna banyak sangat.. so, budget susu yang dah jadi free tu boleh bawa ke lampin anak)
Anak Lebih Sihat dan Ceria
•Kurang Risiko Pelbagai Jenis Penyakit
Anak anda kurang risiko mendapat alahan, asma, jangkitan telinga, masalah obesiti danbanyak lagi penyakit yang datang semasa anak kecil atau setelah dia besar. Anak anda juga lebih sukar untuk mendapat ruam lampin. ( concern saya bukan time Icha kecik je, tapi susu ibu memberi perlindungan kepada Icha sepanjang hayat!)
•Anak mendapat pelukan ibu semasa sedang disusukan.
Anak anda juga mudah dipujuk jika menangis dengan memberikannya susu badan. Bayi juga lebih mudah ditidurkan. (i loike!)
Ibu Lebih Sihat
•Ibu kurang risiko mendapat sakit kanser pangkal rahim, kanser payudara dan lain-lain kanser berkaitan wanita.
•Rahim ibu lebih cepat sembuh selepas kelahiran kerana penyusuan menggalakkan pengecutan rahim.
Anda Ada Lebih Masa Untuk Rehat
•Anda tidak perlu pening memikirkan jenis susu formula yang hendak dibeli.(betul)
•Anda kurang ke klinik kerana anak anda lebih kuat antibodinya. Jadi masa untuk anda rehat adalah lebih.(betul)
•Anda tidak perlu bangun malam membuat susu anak. Susu ibu sentiasa sedia! 24x7.(betul)
•Jika hendak berjalan, anda tidak perlu menyediakan bekal air dan bekal susu untuk dibancuh.(betul! lagi-lagi yang kuat travel macam saye ni)
•Anda juga dapat pahala sebab Islam amat menggalakkan penyusuan susu ibu untuk bayi.(alhamdulillah)

Banyakkan kebaikannya? Jadi, sokonglah isteri anda memberikan susu badan kepada permata hati anda berdua.
Bagaimana Anda Boleh Menyokong Isteri Anda
1. Dapatkan ilmu tentang penyusuan
•Suami perlu mengetahui kepentingan penyusuan susu ibu.
•Menghadiri kelas pendidikan kesihatan ante natal bersama isteri.

2. Beri Sokongan Moral
•Menemani isteri di bilik bersalin untuk memberi sokongan.
•Bantu isteri mendapat posisi penyusuan yang selesa. Jika perlu bawakan isteri bantal untuk menyokong bayi ketika menyusu.
•Bawakan isteri segelas air setiap kali isteri menyusukan bayi.
•Bantu isteri rasa relaks dan bertenang.
•Bantu dalam urusan penyediaan makanan keluarga dan kerja-kerja rumah.
•Tunjukkan kasih sayang dan simpati.
•Berikan sokongan moral terutamanya jika isteri mendapat bantahan atau tanggapan negatif untuk menyusukan bayi daripada kawan-kawan atau keluarga atau masyarakat.
•Bantu isteri menguruskan anak seperti menukarkan lampin, menyendawakan bayi atau menguruskan anak yang lebih besar.
3. Sokongan Kewangan/Peralatan
•Hadiahkan isteri pam atau apa-apa alat penyusuan yang isteri perlukan.
•Berikan hadiah sebagai tanda kasih anda atas usaha isteri menyusukan anak.
Alhamdulillah.. part sokongan suami tu.. semua suami saya ada buat. Cuma memula payah gak sebab hubby tak didedahkan tentang kebaikan susu ibu secara ekslusif sebelum ni.. menangis jugak le saya bila hubby nak suruh bagi Icha FM. Huhu! Namun, lama-kelamaan hubby lah orang kuat saya. Yelah! Bini cekeding macam ni, anak pun menyusu badan aje.. tapi progress Icha physically and mentally memang memberangsangkan .. suami mana yang tak bangga kan? ;)  



lots of love,