Nov 30, 2010

Yang Penting Kita Harus Berdisiplin

haha. saya rasa gelihati pulak dengan entry saya tadi. nampaknya "basuh taik anak" dan " bungkus suplemen" memang mengujakan. betul tak? :)

tulah. saya asalnya nak merajuk dengan hubby, tapi last-last jadi bahan lawak hubby sebab apa yang saya highlighted kat hubby tu sebenarnya banyak meringankan beban hubby. yelah .. icha ni bila dah wangi je semua orang berani dekat dengan dia. 

so, cakap pasal SIBUK ni ye kawan-kawan .. tell me, surirumah mana yang tak sibuk? saya tahu isteri yang bukan surirumah je tak sibuk. saya ramai kawan-kawan yang saya boleh anggap diorang supermom tau. ada yang kerja biasa, ada yang macam saya, ada yang memang fulltime housewife, ada yang kerje dia outstation sokmo, ada yang pjj dengan hubby .. tapi mereka semua dan saya, sama-sama berusaha jadi isteri dan ibu yang terbaik!

rahsianya satu aje - berdisiplin. ni satu benda yang saya SUSAH nak terapkan dalam diri saya. orang berjaya sebab berdisiplin dan rajin, dan juga rezeki lah. macam saya, lebih kepada murah rezeki. alhamdulillah. tapi, sebaik-baiknya kena ada ketiga-tiga faktor tadi.

contoh : weekend kita dah siap2 menu untuk kita sendiri dan baby selama seminggu. baby punya kita dah masak masa weekend dan bekukan siap-siap. untuk kita, dah kupas bawang, halia, cili dan kisar, ayam dan potong dan asingkan. kalau boleh, tampal menu tu kat peti ais. magnet fridge kan banyak saya bagi?

bangun lak awal-awal pagi. kalau awal sangat, buatlah tahajjud. masin mulut korang bila rajin tahajjud taww.. solat subuh berjemaah dengan hubby. sarapan lak sebelum tidur dah rancang or dah siapkan bahan-bahan, tinggal nak campak untuk masak aje. kain pun basuh sebelum tidur, pagi tinggal nak kasi wangi dan sidai aje.

iron baju patutnya dah ada hari yang ditetapkan. so, takdelah kelam-kabut. ishh.. nak bagi tips memang banyak. saya kan suka menulis .. so, memang senang nak share tapi implement tak tahu lagi ni. haha!

so, macam mana jadual korang? :)

setuju tak saya kata sebenarnya kita harus berdisiplin? :)

lots of love,