Nov 26, 2010

Video Budak Selesema .. Getek As Usual!

Icha ni tak tahu dia tengah selesema agaknya.

Baru kejap tadi, dia dok main geli-geli dengan saya. Hehe. Macam mana tu mainnya? Icha suka saya gigit-gigit kat leher dia bagi dia geli, lepas tu dia pun gelak kuat-kuat tak henti-henti. Hidung pun meleleh, ada hati nak main-main lagi.



Hehe. Getek kan? Memang getek anak dara saya ni. Tak tau nak kata apa dah.

Okey! Saya nak panaskan nasi icha. Stok frozen vege dan fruits dan habis. Tinggal frozen bubur aje ni. So, weeekend ni kena buat stok untuk minggu depan.

Hurmm.. Icha belum pernah cuba avocado, ingat nak beli avocado. Saya plan nak buat mashed avocado dan banana as her breakfast. Nasi, potato as main meal together dengan sayur-sayuran dan buah-buahan terpilih. Snack between meals? Apa biskut baby yang sesuai? Or is it better if saya ajar Icha ratah steamed veges/ fruits as her snacks between meals. Lebih sihat, tapi nak berjalan nanti saya kena try gak biskut baby kot.

Ni next entry kot. Menu Icha yang sangat suka masakan emak dia :)

lots of love,