Nov 8, 2010

Tips WAHM : Cara Menjadi Jutawan Internet Dalam Masa 5 Tahun

salam ceria All!

pagi-pagi ni saya dah mendapat banyak sumber motivasi yang meransang minda saya. alhamdulillah. saya dapat email daripada kak cery, baca entry terkini kak N (testimoni set breastfeeding oleh sahabat saya, azrin) dan juga email newsletter irfan khairi.

so, kepada kawan-kawan yang belum subscribe newsletter daripada website Rahsiainternet.com, meh sini saya nak highlight beberapa tips penting dalam newsletter pagi ni.

"Apa sahaja matlamat memerlukan usaha.Sama ada matlamat untuk menjadi bebas kewangan, atau pun apa sahaja matlamat hidup kita (tak semestinya kewangan) yang berbaloi, memerlukan usaha dan pengorbanan. Sering kali pengorbanan berbentuk masa.

Untuk mencapai kejayaan seperti saya sendiri mencapai sejuta pertama ketika umur 25 tahun, masa diperlukan bukan sahaja menjalankan perniagaan, tetapi menuntut ilmu supaya apa yang kita lakukan adalah dengan cara yang betul dan paling efektif untuk mencapai matlamat kita dengan lebih pantas. "

****************************************************
****************************************************

Cara Menjadi Jutawan Internet Dalam Masa 5 Tahun

Untuk mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam perniagaan Internet memerlukan usaha. Seringkali, sekiranya matlamat dilihat terlalu besar, mungkin ia melemahkan semangat kita. Caranya adalah, pecahkan matlamat perniagaan Internet anda kepada unit yang boleh di lihat dengan mudah.

Katakan anda ingin mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 5 tahun.

Ini bermakna, anda memerlukan keuntungan RM555 sehari! Masih nampak agak besar

Tetapi, apa kata anda gunakan ilmu aliran pendapatan berganda (multiple streams of income) dan anda menjalankan 5 perniagaan Internet serentak...

Ini bermakna, untuk setiap satu perniagaan Internet, anda hanya perlukan keuntungan RM111 sehari. Hmm... kecil sikit!

Pengiraan:
RM111 sehari x 5 laman web = RM555 sehari
RM555 x 365 hari (setahun) = RM202,575
RM202,575 x 5 tahun = RM1,012,875

Sekiranya matlamat anda untuk menjadi jutawan Internet dalam masa 5 tahun, pecahkan matlamat anda menjadi lebih kecil supaya mudah untuk dilihat.
Anda perlu 5 perniagaan Internet dalam masa 5 tahun- setiap satu laman web memerlukan keuntungan hanya RM111 sehari!
Contoh:

Sekiranya anda menjual produk katakan dengan keuntungan RM55. Ini bermakna, anda hanya perlu menjual 2 produk sahaja sehari untuk setiap perniagaan!

Mudah kan? Mungkin ia tidak mudah, tetapi, ia adalah matlamat yang agak reasonable untuk kita tuju Permudahkan matlamat besar anda dengan memecah kecilkannya.


p/s : Jangan lupa jadi fan Irfan Khari di Facebook untuk mendapatkan tips-tips kewangan dan motivasi setiap hari!



 
lots of love,