Nov 29, 2010

Saya terlupa yang ikan bilis tu seafood :)

Ni gara-gara excited nak bagi Icha mamam le ni.. hari-hari dok masak macam-macam untuk Icha. Sampai lupa yang ikan bilis tu adalah 'seafood'. Hehe. Kesian Icha .. kakinya dah kurang comel, ada parut-parut lak. Takpe Icha .. mak Icha ni pakar dalam menghilangkan parut :)

Tadi saja tanya kat ex-schoolmate saya masa kat SEMESTI, Ija a.k.a Mama-Miya pasal macam mana nak masak soft tauhu. Ceritanya last week saya tanya kawan-kawan kat Facebook mengenai jadual makan untuk baby dan resepi baby 8 bulan. Alhamdulillah.. feedback yang saya dapat memang mengujakan. Korang try pergi kat link ni ..


Kalau nak tambah resepi pun boleh. I loike! :)

Saja nak share link dari blog Mama-Miya - menu Ija untuk Miya masa umur 8 bulan --> SINI. Dua hari jugaklah study nak buatkan menu untuk Icha pulak :)

So, saya ada beli soft tauhu baru-baru ni. Kurma lupa lak nak beli. So, harini maybe saya try steam je dulu tauhu tu and see the reaction. Icha ni tak susah nak bagi makan pun, especially veges .. saya perasan yang Icha sangat suka carrot dan pumpkin, which is, these two are my fave! Saya memang suka sangat emak saya masakkan lepat labu dan pengat labu masa kecik-kecik dulu.

Oh ye ~ nombor Celcom saya kena barred tanpa sebab. Saya check akaun, baru guna RM68.80, di mana credit limit saya ialah RM100. Saja buat sikit sebab saya tak nak ajar diri boros. Nombor ni saya guna untuk SMS je, call guna iTalk. Tu pun kadang-kadang SMS via Unifi InfoBlast. Kejap lagi kena call Celcom CS ni.

So, tu je dulu untuk hari ni. Sorry tak dan nak hapdet best-best harini. Busy.

lots of love,