Nov 11, 2010

Kecairan Nutrien Dalam Tubuh

Saya pun sebenarnya tak pernah terfikir akan istilah "kecairan nutrien" ni. Alhamdulillah .. mungkin kerana saya belum lagi diuji dengan penyakit yang teruk .. nauzubillah hi min dzaalik. Mohon dijauhkan. Ameen.

Pendapat mengatakan akan berlaku kecairan nutrien ni akibat pengambilan air yang berlebihan dalam tubuh. Betul ke? Ha ~ jangan panik .. jangan panik ..

Jawapannya YA jika kawan-kawan tidak mengambil apa-apa suplemen. Ini kerana pengambilan suplemen/ vitamin memerlukan lebih banyak air daripada biasa ; darah menjadi pekat oleh itu perlu air yang banyak untuk memudahkan proses penyerapan vitamin ke seluruh tubuh kita. Di samping tu juga, pengambilan air ni penting untuk membuang segala toksin yang bersarang dalam tubuh.

Meh baca apa kata Kak N
Bagaimana saya nak tahu air cukup untuk badan saya setelah mengambil vitamin?

Indicator terbaik boleh kita lihat sama ada kita kurang air atau cukup air ialah dengan melihat warna urin. Jika terlalu kuning maka bermaksud terlalu kurang air. Memang betul pengambilan vitamin B complex akan membuatkan urin kita bewarna kuning namun itu juga sebagai satu tanda bahawa badan perlukan lebih air.

Mengapa selepas amik supplement susu saya berkurang?

Ianya boleh berlaku jika PENGAMBILAN AIR YANG KURANG dan tidak selari dengan vitamin intake.

Jika dahulu tanpa pengambilan vitamin mungkin boleh dapat sekali sesi ialah 4oz, suddenly lepas amik supplement, production per sesi ialah 2 oz....ini boleh berlaku kerana pengambilan vitamin akan membuatkan darah kita lebih pekat. Maka jika sebelum ini si ibu dapat 4 oz namun jika diperhati betul2, susu itu adalah sedikit cair berbanding dengan 2 oz selepas amik vitamin dan ianya kelihatan SANGAT PEKAT.

Ini bermakna si ibu perlukan lebih air untuk memastikan susunya lebih banyak.

Sangat penting pengambilan air yang banyak untuk memastikan badan kita sihat dan dapat menyerap segala vitamin yang diambil dengan baik.

Tanda kekurangan air antara lain ialah:

1. Kerap sakit kepala
2. Muka berjerawat
3. Senang moody dan susah hati.
4. Badan senang sakit2.

Rajin-rajinlah minum air kalau nak awet muda ;)

lots of love,