Nov 11, 2010

10 Jenis Sayuran Terbaik Untuk Dimakan

Kawan-kawan suka makan sayur tak? Haaa~ saya ada satu tips kesihatan a.k.a motivasi nak share dengan kawan-kawan yang susah nak makan sayur. Tipsnya .. bila ada lapang-lapang, korang rajin-rajin googled mengenai khasiat yang ada dalam benda-benda yang korang makan. Biasanya bila kita tahu something tu bagi manfaat pada kita, kita akan ada rasa nak mencuba. Try la!

10 JENIS SAYUR-SAYURAN YANG BAGUS UNTUK ANDA MAKAN

Timun

1. Biji timun pula mengandungi racun alkoloid jenis hipoxantin - berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan.
* Timun masak dimakan mentah - berkesan merawat penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening berterusan sehingga boleh menurunkan berat badan.
* Rawatan tradisional, timun dikatakan berkesan mengubati penyakit disenteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.

Bendi

2. Banyak ditanam di negara beriklim panas lembap.
* Kaya dengan zat galian, vitamin dan kalsium.
* Baik untuk perkembangan otak.
* Dalam perubatan - digunakan sebagai perangsang buangan air kecil, merawat gonorea, sifilis dan bengkak saluran kerongkong serta hidung.

Seleri

3. Dikatakan merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam, dan ekzema atau geli-gata.
* Kandungan garam galian dalam seleri bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinnya.

Kacang botor

4. Daunnya juga elok untuk nutrisi - proses pemasukan dan pengolahan makanan oleh tubuh kerana kandungan 5-7 peratus protein, selain vitamin A, vitamin C dan garam galian.
* Daunnya dimakan mentah dan sedap dibuat sayur, manakala ubinya boleh dimakan sebagai ulam mentah.

Asparagus

5. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.
* Mengandungi elemen baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.

Cili, cabai, atau lada

6. Kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin.
* Lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas.

Jering

7. Tumbuhan asli di negara ini
* Mengandungi protein 3.5%, lemak 0.1% , karbohidrat 1.7%, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C.
* Biji jering enak dimakan sebagai ulam dengan pelbagai sos pencicah tempatan mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik.
* Penawar yang berkesan bagi pesakit kencing manis Kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

* Petai

8. Untuk merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

Terung pipit

9. Mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin
* Menghasilkan pil perancang keluarga.
* Akar terong pipit boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat meredakan sakit perut.

Pegaga

10. Dalam bidang perubatan tradisi, digunakan sebagai agen antialergi, antikanser, antidisenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea, luka, kudis, dan sakit kerongkong.

 
 
lots of love,