Oct 10, 2010

Cerita 'unifi yang kembung perut' dan buku Jana RM Dari Rumah dari MasayuAhmad.com

hampir seminggu saya tak dapat update blog.

dan juga tak dapat menonton tv, serta berhubungan dengan kawan-kawan saya.

kenapa?

unifi buat hal. apa entah error code nya.. lupa pulak. mengamuk jugalah saya kat unifi CS yang slow macam kura-kura tu. maaflah ye.. techinician tu sendiri tunjuk bukti siang tadi yang korang memang lambat proses aduan kami. seminggu ok? rosak business saya.

sampaikan hubby saya kata kat diorang lebih kurang macam ni.
" saya dah tahu apa awak nak jawab. mesti lepas ni awak kata masih investigate lagi error tu, then awak janji akan call kami semula.. betul tak?" - yang mana diorang tak pernah callback pun sebelum hubby cakap macam tu kat diorang.

(^_^)

saya pun pernah kerja bahagian customer service ok (sebelum jaga project DiGi). MNC lagi (IBM Malaysia). saya layan customers dari negara ASEAN - Singapore, Filipina, Indonesia, Thailand dan of course, Malaysia. malah kena berbahasa Inggeris sepanjang masa. saya tahu prosedur.
pada saya, korang tak capai KPI. failed. dahla unifi ni cover tv, fixed line phone dan internet. mati kutu saya.
paling tak tahan bila technician tu kata ada yang dah sebulan rosak. hmmmm... perlu ke bagitahu kelemahan korang? aduhh..

apapun, harap sila ambik tulisan saya sebagai kritikan membina. my hubby pun staff TM, manager, tapi bila servis kurang memuaskan, saya tetap bagitahu. mujur hubby tak jaga hsbb ni.

now ni, sedang melayan sms dari customer via infoblast. (kan kak cery? hihi)



anyway, mujur hadiah giveaway saya sampai masa unifi tengah rosak tu.. taraaa!



korang boleh ke http://masayuahmad.com/ untuk details. tak silap saya, dah keluar yang version eBook. memang best! tapi nak pinjam takleh la.. saya baru dapat hehehe (saya memang agak kedekut kalau buku-buku ni, selalu sangat orang pinjam tak pulankan). lagipun, harga yang Kak Mas jual berpatutan.

saya akan buat review buku ni nanti. inshaALLAH.

okey. saya nak study jap. daaa~*


lots of love,