Oct 4, 2010

Bayi Susu Ibu Kuat Menangis

saya tak setuju langsung.

dan saya juga kurang setuju apabila orang berkata bahawa bayi susu ibu ni yang ibunya tidak bekerja macam saya 'taknak dengan orang'

maafkan saya. icha ni 247 melekat dengan saya. tapi, bila saya bawa jumpa orang,

" eh baiknya dia ye? tak meragam langsung."
" nak dia dengan orang ye? tak menangis pun."

alhamdulillah. tips mudah : dari kecik biasakan dia dengan orang walaupun kita tak bekerja. then, jangan kelam-kabut sangat diamkan dia bila dia menjerit (masa berdua dengan kita lah). lagi satu, make sure anak tu dalam keadaan kenyang dan selesa bila sampai kat rumah orang.

reason : bagi dia belajar bermasyarakat ; membiasakan diri untuk tidak jadi terlalu manja ; memanglah baby bising bila dia lapar dan tak selesa kan? hehehe.

alhamdulillah, icha memang jaranglah buat hal kalau 3 perkara di atas dipenuhi. tapi, saya tak kata icha ni tak kuat mengamuk ye? meh layan video icha mengamuk - tension sgt saya sebab tak makan lagi ni (^_^)




oh ye! info sharing ---> Air susu ibu


lots of love,