Aug 7, 2010

Tips Memasak Dari Umie Jie

saya copy entry ni dari blog Umie Jie (isteri kepada ex-boss saya semasa bekerja di DiGi ). suka sangat cara akak ni mengatur keperluan untuk memasak. so, kawan-kawan bolehlah buat panduan ye! sangat menarik (^_^)

Memasak untuk keluarga merupakan salah satu cara kita ompompuan nak cari pahala lebih. Saham untuk kita di sana nanti. Di dunia, kita sibuk cari duit lebih. Apalah salahnya kita cari pahala lebih dengan memasak untuk family. Jie suka masak for my boys. Sejak diorang makin besar ni, jie suka tengok apa yang jie masak, habis licin.

Ada yang bertanya, macamana jie masak setiap pagi. Dengan nak siap my boys lagi. Nak siap diri lagi. Kira macam2 la.

Ada yang bertanya, macamana jie masak dengan ingredient nyer, lenagkuas, serai bagai.... preparation nyer mesti lama dan memenatkan.

Actuallynya jie ada tips sebenarnya. Jie sediakan barangan nya seminggu lebih awal. Ha, mesti korang pelikkan. Jie plan dulu apa nak dimasak dalam seminggu. So everything well prepare. Tinggal nak campak dalam kuali jer :-)

1.Bawang merah dan putih diblend sekali. Masa blend letak air masak. Ini bole disimpan sebulan. So jie selalu beli banyak bawang every month.

2. Lada kering diblend. Yang ini pun jie blend dengan air masak. Then tabur garam diatas sebelum tutup. Jie selalu buat for stok sebulan gak.

3. Lengkuas, halia, kunyit, serai blend. Also with air masak. Stok sebulan. Yang ini membuat jie mudah nak masak ayam goreng rempah @ masak lemak @ nasi ayam

4. Make sure ada bawang merah kecil, bawang putih dan halia siap terkupas dalam peti ais for seminggu stok. Yang ini bagi mempercepatkan process untuk bawang goreng @ tumis sayur @ ikan stim dan sewaktunya. Masa mengupas bebawang ni pun leceh dan memakan masa. So jie prepare awal.

5. Bahan sejuk beku seperti ayam, udang dan sotong, jie dah pack for each menu. Contohnya, for mee goreng, jie dah letak dalam satu bekas plastik see thru tu for one dish. So masa nak defrost dalam microwave will be that portion. So jie always have 5 bekas of udang+sotong+ayam yg dah potong kecik siap berbasuh dalam peti ais. This is use for making Mee goreng @ mihun goreng @ nasi goreng @ spagetti goreng @ jie buat sambal sotong for nasi lemak. All prepare....

6. Jie make sure also ayam sudah dipotong dan diasingkan for every dish. Each plastic with zip ada 5/6 pcs of ayam (always ambik kepak and paha coz anak suka yg part tu jer). Siap tersedia for ayam masak kicap @ ayam goreng rempah @ ayam masak halia @ just simple ayam goreng kunyit biasa.

7. Jie juga sentiasa make sure barangan dapur tersusun dan jie tahu where to get it. If Mr Hie letak salah tempat, memang jie naik angin. Geram rasanya, time masak, tak jumpa lak senduk.... Eeeeeee!!!!

So this is my tips for cooking fast. If u have other tips also, please do share with me. ;-)
amacam? menarik kan? bukan aje kawan-kawan yang FTWM boleh gunakan tips ni, yang berstatus SAHM/ WAHM macam saya pun boleh. thanks kak jie! (^_^)
 
oh ye! kalau kawan-kawan berminat nak tahu mengenai numerology, boleh ziarah ke blog Umie Jie ni k!