Aug 29, 2010

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api ala Mommy Icha

Salam sayang semua! Harini saya nak share resepi ringkas berbuka puasa. Saya masak taklah sedap sangat, tapi bila bagi hubby makan.. so far, memang dia suruh buat bisnes la. Means, sedap la tu kan? ahaks! So, ini dia resepi Ayam Masak Lemak Cili Api ala Mommy Icha. Saya masak ikut selera saya ok? ;-)


p/s : ini resepi untuk pasangan baru kawin yang makan berdua-duaan setiap hari (^_^)
Bahan-bahan yang diperlukan :
suku ekor ayam
sebiji kentang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah inci halia
5-7 biji cili api
setengah cawan santan pekat
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa
serai
Cara-cara memasak :-
  1. Mula-mula, basuh ayam dan kentang bersih-bersih ye kawan-kawan.
  2. Lepas tu, goreng ayam dan kentang sampai agak-agak empuk. Saya 'geli' sikit makan gulai kalau tak digoreng ayam nye..hehe. Goreng kosong je.. takyah garam kunyit pun.
  3. Sementara tu, tumbuk cili api, halia, bawang merah dan bawang putih sampai lumat. Kalau masak selain daripada sayur, bahan-bahan tu eloklah ditumbuk sampai lumat macam 'sepah mak yu' bak kata abah saya .. hehe
  4. Ketuk-ketuk serai ye..
  5. Then, masa nak masak ada dua cara. Cara pertama, humbankan segala ayam, bahan-bahan yang ditumbuk, serbuk kunyit, serai, garam dan santan dalam periuk dan panaskan periuk.
  6. Atau, satu lagi, tumis dulu bahan-bahan yang ditumbuk tadi dengan serai dan serbuk kunyit. Bila dah naik bau, masukkan ayam dan kentang. Agak-agak sebati, baru masukkan santan dan garam.
  7. Sila kawal kepanasan kuali. Kalau guna induction cooker macam saya, kena pandai adjust suhu ye.
  8. Jaga jangan bagi pecah minyak.
  9. Siap!

Tak sempat snapped gambar setelah dihidang.



Saya masak memang sangat simple. Resepi seringkas mungkin. Mana yang ada je. Tapi, masa masak memang saya beriya-iya. Even masak sardin pun, mesti saya goreng sikit dulu ikan tu sampai meletup-letup hahahha!
Hurmm.. tengah plan nak masak dendeng daging resepi mertua, tapi daging tak beli lagi ni...