Aug 9, 2010

Kenapa Perlu Memerah Susu Badan?

Alhamdulillah .. Fridge baru yang saya request daripada hubby dah dapat last week. Siap beli dua pintu side-by-side lagi! Macam James Bond je rasanya. Barulah bersemangat nak memasak, kan abang? :p

Tujuan utama saya mahukan fridge baru

1.   Fridge lama memang dah rosak. Dua hari sekali kena defrost (frost yang sangat scary!)
2.   Senang saya nak simpan stok makanan mentah banyak2 sebab saya nak ke mana-mana memang kena tunggu hubby
3.   Saya nak simpan ebm (frozen)

Eh? Awak kan WAHM (Work-At-Home-Mom) Hadha? Kenapa nak susah-susah buat stok ebm?

Betul. Puan Hadhatina yang cantik jelita ni boleh aje direct-feed 247. Namun, ada beberapa reason saya perlukan stok ebm

  • Icha memang kurang menyusu pada waktu malam. So, saya memang kena perah susu tu. Bukankah tak elok biarkan breast kita bengkak selalu kerana ia akan bagi signal kat otak bahawa demand untuk supply susu takde? Lama-lama susu jadi sikit pulak.
  • Nak guna waktu-waktu kecemasan ; time icha growth spurt ke (mmg kuat menyusu), entah saya demam ke (minta dijauhkan), time saya takde dengan icha ke.
  • Nak kasi can kat abah icha feed anak dara dia juga sebenarnya.
  • Bonus : saya mudah nak share pengalaman dan ilmu serta pengetahuan sebagai pumping mommy ;-)
Stok Susu



Itu saya, tapi bagi kawan-kawan, antara sebab kawan-kawan perlu perah susu :-

1.   Kawan-kawan bekerja atau belajar diluar rumah maka tidak dapat bersama bayi
2.    Bayi mempunyai msalah menghisap susu secara terus (premature etc)
3.    Bayi berada di hospitak ibu tidak dapat bersamanya sepanjang masa
4.    Kawan-kawan berada di hospital anak tidak dapat dibawa bersama
5.    Kawan-kawan ingin menambahkan penghasilan susu/relactate/induce lactation

Some tips yang saya jumpa dari ibu-ibu supaya boleh maintain je susu badan kita ni:-

Kekerapan kosongkan breast


- so, kepada yang perah susu tu, please la jangan malas-malas ye? At least 3 kali kat office, dan 2 kali masa kat rumah. Kalau boleh kat rumah tu, buat tandem nursing dan power pumping at least sekali sehari. Minimum 6 kali pumping tak campur direct feed ; plg bagus kalau dapat 8 kali sehari pam.

Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat


- breakfast sila jangan abaikan ok. At least, korang belilah esp/ mealshake tu dan juga 2 keping biskut jacobs @ oat bar, ; atau makan cereal (letak dalam mangkuk tuang susu). Buah epal sentiasa ada dalam handbag tu.
- every heavy meals mesti ada karbo, protein, vitamins, fats, minerals - usahakan!
- protein penting dalam menghasilkan susu badan

Minum air tak kurang 3 liter sehari


- apa indicator kawan-kawan yang air cukup 3 liter? Mcm saya memang hubby belikan air mineral botol besar sekotak setiap minggu. So, sehari at least 2 botol saya sorang wajib habiskan.
- setiap kali sebelum feed@ pump , sila minum air barang segelas. Selepas feed @ pump pun begitu. Lebih baik jika kawan-kawan boleh minum esp / mealshake selepas tu - cover balik cecair dan vitamin yang dah keluar tadi.
- makan buah2an dan sayur-sayuran juga menyumbang pada penambahan cecair dalam badan.

Berfikiran postif


- yerr.. Kita lah kawal badan kita. Pernah dengar pasal sub-concious mind tak? Saya memang peminat dr hm tuah iskandar, so dia banyak tulis pasal benda ni. Set dalam minda dan otak akan bagi jalan nak realisasikan. Nanti saya cerita pasal ni.
- bersangka baiklah dengan allah. Sesungguhnya allah itu mengikut apa yang kita sangkakan. Fikirkan yang kita boleh dan susu kita ada!

Pengambilan suplemen dan galactagogue


- suplemen membantu melengkapkan keperluan nutrien dalam badan, secara tidak langsung melancarkan sistem tubuh. Justeru, susu mudah terhasil sebab kita sihat dan minda selalu positif.
- galactagogue @ milk booster mengandungi zat2 yang diperlukan untuk membanyakkan susu.

Okeh. Kalau ada tips lagi, boleh kongsikan dengan saya ye? Tunggukan next entry mengenai power pumping 

Love,
Mommy Icha