Aug 14, 2010

Cerita BF : Kepentingan Air Secara Umum

Alhamdulillah, minggu depan saya dah boleh guna SHAKLEE BESTWATER FILTER saya. sukanya! nanti saya share dengan kawan-kawan yea tentang water filter yang kiut itu!

cakap pasal waterfilter, saya nak cerita sikit pasal air.
Air adalah asas dalam hidup kita dan ini termasuklah tubuh badan kita. 70% dari tubuh badan kita adalah dari air.

Tahukah anda bahawa:
  1. Otot kita yang mengerakkan badan kita adalah 75% air
  2. Darah kita yang mengangkut nutrient adalah 82% air
  3. Paru-paru kita yang membekalkan oksigen adalah 90% air
  4. Otak kita yang mengawal tubuh kita adalah 76% air
  5. Tulang kita adalah 25% air.
Air memainkan peranan penting dalam tubuh badan kita
  • Melindungi organ-organ
  • Membantu organ-organ menyerap nutrisi dengan baik
  • Memberi kekuatan kepada sel-sel badan
  • Mengangkut nutrisi ke seluruh tubuh memlaui darah dan sistem limpa.
  • Menstabilkan suhu badan
  • Meningkatkan kadar metabolisma
  • Melindungi dan melembap rawan
  • Melancarkan sistem pembuangan tubuh melalui urin dan faeces (kotoran)
  • Bagaimana air dapat membantu mengurangkan berat badan?
Air juga dapat membantu mengurangkan berat badan. Dengan minum air 2 liter dalam sehari, ia dapat membantu dalam pengurangan berat badan. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh badan dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Air berperanan sebagai bahan bakar bagi mendorong reaksi kimia metabolisme. Kalori tidak dibakar dengan baik sekiranya kurang meminum air dalam sehari.

Tips untuk minum air secukupnya:

  1. Pastikan air sentiasa di meja anda.
  2. Minum segelas air setiap jam.
  3. Membawa botol minuman ke mana saja anda pergi
next entry : Cara nak kira berapa banyak air yang diperlukan tubuh kita.

source : http://nakslim.com/blog/artikel/kenapa-air-terlalu-penting-untuk-tubuh-kita