Aug 15, 2010

Cerita BF : Berapa Liter Air Sehari Badan Saya Perlukan?

Okey. Dalam entry sebelum ni saya dah brief sedikit tentang kepentingan air terhadap tubuh badan kita. Walaupun air ni takde zat dan nutrien tertentu, tapi hampir 50% ke 70% kandungan badan kita mengandungi air (dan adalah air!). Sedikit revision ...
Your body is estimated to be about 60 to 70 percent water. Blood is mostly water, and your muscles, lungs, and brain all contain a lot of water. Your body needs water to regulate body temperature and to provide the means for nutrients to travel to all your organs. Water also transports oxygen to your cells, removes waste, and protects your joints and organs.
Jadi, berapa banyak air yang badan kita perlukan? Saya baru je dapat info yang takde fakta saintifik menyatakan bahawa kita perlu minum 8 gelas air sehari. Logiknya, kita aka stop minum pada bilangan yang kelapan gelas kalau kita berpegang pada kenyataan ni. Jumlah air yang badan kita perlukan bergantung pada berat badan kita, level of aktivity, dan juga cuaca.

Cara mengira

Wah! Saya sangat suka pemainan matematik ni. Saya buat dua perbandingan cara mengira :-
  1. Cara yang Kak Cery ajar dalam entry dia
  2. Cara yang saya jumpa dari website ini
Cara #1 (kawan-kawan boleh rujuk entry ini ye .. )

BERAT (KG) / 30 = xx LITER (KEPERLUAN AIR MINIMUM BADAN KITA PERLUKAN)

Contoh :

Berat saya 48 kg. Jadi, 48 / 30 = 1.6 L

Maknanya, minimum 1.6 liter air badan saya perlukan dalam sehari. TETAPI, memandangkan saya sedang BF dan juga BERPUASA, maka keperluan air ni meningkat.

Cara #2 ( yang ni banyak 'jalan kerja', but at the of the day you still get the same answer .. believe me)

BERAT (POUND) / 2 = xx OZ (KEPERLUAN AIR MINIMUM BADAN KITA PERLUKAN)

Contoh :

Berat saya tadi 48 kg kan? 1 kilogram = 2.20462262 pounds ; maka,  48 kg = 105.6 lbs

105.6 / 2 = 52.8 OZ ( 1 US fluid ounce = 0.0295735296 liters ) , maka

52.8 Ounces = 1.56148235925 Liters

Hahaha! Sama kan jawapannya? Basically, dengan berat 48 kg sebenarnya 1.6 liter dah cukup untuk buat saya tidak dehidrasi. WALAUBAGAIMANAPUN KAWAN-KAWAN SEKELIAN ...
If you exercise you should drink another eight ounce glass of water for every 20 minutes you are active. If you drink alcohol, you should drink at least an equal amount of water. When you are traveling on an airplane, it is good to drink eight ounces of water for every hour you are on board the plane. If you live in an arid climate, you should add another two servings per day. As you can see, your daily need for water can add up to quite a lot.
Menarik kan? Betapa pentingnya air dalam kehidupan kita sampaikan bumi kita ni 70% daripadanya ialah AIR. Subhanallah .. kita boleh hidup berhari-hari tanpa makanan, tapi kita tak boleh bertahan tanpa air. So, lepas ni jangan malas-malas lagi minum air, especially kawan-kawan yang tengah BF tu. Jangan jadikan alasan " susahlah asyik kena keluar masuk toilet" sebagai punca kegagalan anda kelak. Fikirkan pahala, semua jadi mudah. (ni hubby selalu pesan kat saya, hidup kita ni mengumpul pahala). Lagipun, bagus lah keluar masuk toilet tu, buang segala toksin dan karat yang bertakung dalam badan kita ni.

Coming up next - The correct timing to take water ~*~