Jul 4, 2010

Motivasi Buat Work-And-Pump-Moms

Bukan mudah ya untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Perlukan lebih dari sekadar ilmu dan keinginan, sokongan insan-insan sekeliling juga amatlah penting. Namun, bukan semua orang tahu kepentingannya. Justeru, sebagai orang yang tahu, sama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan sokongan ini. InshaALLAH.


(credit to http://anakkuwiraku.blogspot.com/)

Soalan : 
Kak N, saya nak minta pendapat mengenai penyusuan. Anak saya baru berusia 3 bulan. Susu saya tak banyak dan saya mula jadi stress mengenangkan hal ini. Saya ada seorang kenalan juga yang banyak ilmu breastfeeding jadi dia selalu memberitahu saya bahawa ibu itu boleh menyusukan anaknya tanpa perlu amik apa2 milk booster atau supplement. Kawan saya juga bagi tahu yang tak perlu beli pam yang mahal, just guna pam biasa atau guna tangan aje. Saya kerja 8 hingga 5. Balik rumah dah dekat jam 7 nak tempuh jem bagai. Balik nak kena masak untuk suami. Kalau dah penat sangat saya cuma masak nasi berlauk telur dan kicap. Nak makan luar selalu tak larat juga duit keluar. Saya penat sangat. Saya rasa give up nak menyusukan anak terutama bila kenangkan penat dan masa saya mengepam yang adakala guna tangan membuat banyak kerja tergendala. Bila baca blog akak membuka minda saya yang mungkin saya perlu amik vitamin untuk saya bertenaga dan mungkin boleh menolong saya dapat hasilkan susu banyak buat anak saya. Tolonglah saya kerana saya kebuntuan.

- Aini

Ibu resah, KL.

Ini adalah antara email yang ibu dalam minggu ini. Bersama ini ibu copykan balasan email ibu buat tatapan ibu2 baru yang juga mengalami masalah yang sama.

Salam Aini,

Pertama sekali akak ucapkan tahniah dan syukur ke hadrat Allah kerana Aini adalah antara jutaan manusia yang diberi petunjukNya untuk menyusukan anak dengan susuibu. Akak doakan Aini kuat semangat untuk terus berjuang demi anak tersayang.

Masalah Aini adalah masalah biasa yang dilalui oleh mana2 ibu yang bekerja dan dalam waktu yang sama menyusukan anaknya. Apabila bekerja badan kita memerlukan lebih tenaga tambahan pula badan perlu menghasilkan susu. Apa yang dinyatakan oleh kawan Aini itu betul, iaitu 1. ibu itu boleh menyusukan anaknya tanpa perlu amik apa2 milk booster atau supplement. Namun ianya bergantung pada situasi si ibu. Statement itu hanya boleh diguna pakai kepada ibu yang berjaya menjaga pengambilan makanannya iaitu sentiasa seimbang dalam semua zat keperluan yang diperlukan oleh tubuh manusia. Bak kata orang tua, ukur baju di badan sendiri. Jika kita tahu bahawa kita tidak mampu untuk memasak yang dapat memenuhi semua zat keperluan harian kita, tidak salah mengambil supplement. Dan bukan semua badan ibu itu sama. Kita bukannya robot tetapi manusia biasa maka tindakan penghasilan susuibu antara cepat atau lambat pada setiap ibu adalah berbeza. Ada ibu memang tidak perlukan milk booster tetapi ada juga ibu yang perlukan milk booster seperti alfalfa. Ada ibu yang mana pengambilan 2 bj alfalfa sehari memberi impak yang besar ke atas penghasilan susuibu namun tidak kurang juga ibu2 yang perlukan sehingga 6 bj sehari alfalfa untuk mendapatkan hasil yang diharapkan.Balik kepada realiti dan diri kita sendiri.

Seterusnya statement dari kawan Aini iaitu tak perlu beli pam yang mahal, just guna pam biasa atau guna tangan aje. Betul. Namun jika berkemampuan, tidak salah mengeluarkan belanja untuk membeli pam yang selesa dan memudahkan kerja. Boleh guna tangan sahaja jika si ibu mampu melakukannya. Bagi yang bekerjaya sudah tentulah tidak boleh nak menular lama sangat jika sekadar nak solat dan mengepam...pasti hilang keberkatan rezeki pendapatan yang kita terima. Pam mahal atau murah tidak menjadi persoalan. Balik kepada keselesaan si pemakai. Pendapat akak secara peribadi...tepuk dada tanya selera. Memang ada yang berjaya membuat stok dengan hanya mengepam menggunakan tangan tetapi SEMANGAT memang kena kuat kerana tekad.

Perumpamaan yang dapat akak berikan ialah... seorang pejalan kaki , seorang yang menaiki kereta manual dan seorang yang memandu kereta automatik.Jika pejalan kaki itu memang seorang yang punyai kekuatan langkah jangkauan yang besar, sudah pasti berjalan laju itu menjadi kelazimannya. Bagi yang berkemampuan, mereka boleh memilih sama ada hendak memilih memiliki kereta manual atau kereta automatik. Sudah pasti semuanya balik pada diri individu itu sendiri.

Kesimpulannya hanya Aini yang tahu kekuatan diri Aini.

Yang penting penyusuan ini akan berjaya jika:-

•sentiasa menjaga pemakanan
•sentiasa mengepam dengan konsisten
•minum air mengikut keperluan badan. Jika mengambil supplement perlukan lebih air.
•sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan Allah.
•istiqamah dalam segala urusan.

Apapun , balik kepada realiti diri kita. Memang akak boleh bagi cadangan, dan memang ramai yang boleh bagi nasihat namun sama ada boleh diaplikasi atau tidak balik kepada diri kita sendiri.
Alhamdulillah. Semoga entry harini membantu kawan-kawan yang memerlukan. InshaALLAH.