May 13, 2010

@ Vistana Hotel, Bukit Jambul, Penang

weehoo!! seronoknya saya!!

kenapa? kenapa? buat pengetahuan pembaca semua, now ni saya berada di Vistana Hotel Penang. biasalah, follow hubby outstation. pagi ni hubby ( dan orang2 TM HQ) ada meeting dengan YTL. asalnya nak buat meeting kat menara aje, tapi YTL nak taja..so dapatlah buat jauh2 sampai ke Penang.

then, lepas meeting pulak, hubby ada in-house training (untuk MCS) sampai sabtu kat Tanjung Bungah Beach Resort. so, sepanjang hubby meeting dan training ni, saya dengan icha lepak aje la kat bilik hotel. nak keluar jenjalan sangat pun kami berdua belum habis pantang. isnin depan ni baru cukup 44 hari.

saya baru je check craft blogshop saya : http://craftandshop.blogspot.com/ : hurmmm..rindu sungguh nak menjahit! ni pun ada dua tempahan saya belum dapat siapkan. inshaALLAH, minggu depan mesti siap ok? yang sorang tu dah bank-in duit dari hari saya kena admitted UMRA lagi.

seronok ikut hubby outstation tau. ni nasib baik saya tak panjang langkah pi shopping, kalau tak lagi haru-biru. haha..saya suka mencuri idea2 kreatif cara setiap hotel menghias bilik tidur. so, sementara nak ada rumah sendiri ni, bolehlah saya kumpul2 idea. plus, memang habit saya melekat dengan hubby (patutlah icha pun asyik melekat dengan saya)

okeylah. saya nak kejutkan icha. B saya full ni. tulah, semalam saya test makan sayur peria (tumis air). saya jumpa satu blog ni mention yang peria (juga petola), boleh banyakkan susu badan. memang betul pun ni haa..

bye!