May 5, 2010

Menu Simple Berpantang Sendiri

Sekarang ni memang trend kebanyakan ibu-ibu lebih suka berpantang sendiri, apatah lagi dengan pilihan penjaga pantang (confinement lady) yang semakin banyak dan kebanyakkannya juga menyediakan khidmat penuh untuk ibu dan bayi. Saya sendiri termasuk dalam statistik tersebut. Apatah lagi, dengan status sebagai Work-At-Home-Mom, saya selesa berpantang sendiri sambil dapat jenguk-jenguk urusan bisnes walaupun dalam pantang.

Ini adalah entri saya 5 tahun lepas semasa mula-mula berpantang sendiri. Plan asal memang saya nak fully berpantang sendiri, namun atas permintaan mertua dan suami, saya berpantang sekejap di kampung selama 2 minggu dan selepas tu saya sambung berpantang sendiri di rumah saya di Subang. Alhamdulillah.. semasa di kampung pun saya banyak uruskan diri sendiri jadi bila berpantang sendiri takde masalah kekok nak uruskan bayi pertama saya ni, malah lebih enjoy.

**********************************************************************

Alhamdulillah. Dah masuk 2 minggu saya berpantang sendiri di rumah kami di Subang. Harini, saya rajin nak berkongsi menu harian saya dalam pantang.

Sarapan





Milo'O'/ Horlicks panas

Roti Gardenia toast bersama planta dan gula

Minum pagi





Milo 'O'

Biskut (whatever biskut, tapi saya ni suka manis2 dan ada krim sebenarnya)

Lunch





Nasi panas

Ikan bilis/ ikan merah / ayam (goreng @ sup )
Sup sawi/ tumis air
Ulam-ulaman seperti halia muda, kunyit muda dan temu

Minum petang





Horlicks panas

Biskut

DInner




Nasi panas

Ikan bilis/ ikan merah / ayam (goreng @ sup )
Sup sawi/ tumis air
Ulam-ulaman seperti halia muda, kunyit muda dan temu

Nota Ibu Berpantang


  1. Ikan bilis tu biasa saya goreng dengan minyak yang sikit + hirisan halia + lada hitam tumbuk kasar. Saya goreng untuk stok dalam 2,3 hari sebab ada masa (macam lunch) saya tak makan beriya sangat. Dinner baru masak betul2 coz nak makan dengan hubby
  2. Hubby selalu beli ikan merah je. So, paling mudah saya goreng je. Kalau nak berkuah, saya buatlah sup. Letak halia dan lada hitam banyak2 (sejak masak sendiri baru badan sihat coz saya tahu apa yang sesuai untuk saya). Kalau ada lobak, saya hiris bulat2 dan masukkan sekali. 
  3. Sup ayam time berpantang ni pun dah lain cara masaknya. Saya tak tumis dah bahan2 perencah, dan tak tumbuk gak (dalam pantang tak digalakkan guna lesung batu lagi - takut bergegar). Saya hiris2 je bawang merah @ besar ; bawang putih ; halia. Lepas tu bahan penumis pun saya campak sekali dalam tu (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih). Saya letak halba sikit untuk jadi milk booster. Masak guna api slow (saya tak guna api, elektrik sebab induction cooker). Tak lupa juga, letakkan carot sebab saya memang tak suka ibu kentang
  4. Ikan merah dan ayam tu masak stim @ kukus sedap gak!
  5. Sawi tu buat sup atau buat tumis air je.
  6. Ulam : kunyit muda (boleh lancarkan pengaliran susu tak silap) @ halia muda (buang angin)
  7. Letak sedikit halba dalam nasi atau sup2 tu - increase milk supply untuk yang bf baby



Reminder untuk diri sendiri 


  • Mula minum semula air akar herbanika NR sejak last week (minuman harian)
  • Mula ambil pil phytonatal sejak this week
  • Habiskan stok obimin dan neurogain
  • Kadang2 minum soya gak tapi hubby busy so saya prefer hubby belikan benda2 yang tahan lama or saya boleh bancuh sendiri
  • Minum air masak/ air mineral banyak (lebih 2 liter sehari)
So, itulah dia menu simple saya dalam pantang (pantang sendiri). Lebih kurang aje dengan menu emak mertua masa di kampung. Time rajin saya buatlah singgang ke, bakar ke, kukus ke tapi yelah dalam pantang mana sempat nak beriya-iya sangat. Yang pentingnya, nasi kena sentiasa nasi baru masak, ada sumber proteinnya, sayur dan minum air secukupnya.

Time ni saya belum kenal Shaklee lagi so saya cuma habiskan stok vitamin semasa pregnant yang doktor bekalkan dulu. Saya memang obses makan vitamin dari kecik lagi.