May 7, 2010

Geng "Gorpis" DiGi Melawat Baby Icha


Hari ni baby Icha gumbira sangat2! sebab apa? sebab kawan2 rapat emak dia (a.k.a 'geng meja' ; 'geng nakal') datang melawat. siapa ekk? biasalah..kawan2 DiGi emak - kak fida, narul, haji, zul dan nana.

Walaupun saya dah hampir 7 bulan habis kontrak dengan DiGi, tapi hubungan saya dengan diorang tetap rapat (walaupun takle keluar makan hari2 macam time keje dulu). especially kak fida lah, sebab kak fida ni memang jenis caring punya manusia. ada masa lapang, dia akan call saya tanya khabar.

Tadi diorang datang siap bawak nasi tomato. Makan ramai2 kat rumah. hehehe. Masa kak fida call tu, baby Icha baru aje nak mandi actually. saja harini saya mandikan dia lelambat. lena sangat tidur sampai tak tergamak nak kejutkan mandi (tapi saya kejutkan dia nenen gak sebab B saya bagi isyarat dah time untuk baby Icha nenen).

Gamat rumah dibuatnya. lepak dengan diorang ni memang seronok. Walaupun diorang semua level senior serta kakak abang (kecuali nana ; minah ni paling muda tapi tetap penglipur lara kami). saya memang rapat dengan semua - takde yang paling rapat. sebab tu saya panggil diorang 'geng'.

Narul (ex-pm saya) siap ajar cara bedung baby lagi. lagi2 baby Icha ni perempuan katanya...kena bedung. haji pulak menambah "laki kata supaya dah besar 'dalam' tak bersepah". huhu! bunyi macam lucah tapi ikut je...baby Icha pun okey je lepas kena bedung dengan narul tadi. boleh tengok gambar kat atas. (fyi : narul ni memang muda, baru 30+ sikit, tapi anak dia dah 5 orang ok? wifey dia pun kerja kat TM)

okeylah. tulah update cerita harini. saya nak update jadual dalam pantang pun tak buat2 lagi. dah le tu, tinggal lagi 11 hari je pun berpantang. minggu ni balik kampung, inshaALLAH. saya ingat nak berurut sekali dengan baby Icha (kot). lepas tu nanti, habis berpantang pun saya nak buat urut penutup. nanti darah nifas dah kering lak, saya plan nak pergi salun..hehehe. poyos je kan? tapi, yerla..nak back to normal life, nak jaga hubby dan baby Icha, badan kenalah sihat dan kuat.

that's all for today..daaa~